Friday, February 18, 2011

IKIMfm - ISLAM ITU INDAH 20110216

.

TASKIRAH IKIMFM

ISLAM ITU INDAH 201102161000




TAJUK PERBINCANGAN

A. SELALULAH RAIKAN ANUGERAH KEJAYAAN

PERSOALAN:

Seorang pelajar telah diejek oleh kawan2nya kerana mula memakai tudung dan beliau merasa sedih dan malas untuk terus memakai tudung.

CADANGAN:

1. Cuba terangkan kepadanya bahawa memakai tudung adalah arahan Allah bukannya arahan maklukNya. Dan sebagai hambaNya, manusia perlu mengikut segala arahan Allah. Lagi pun manusia hidup di dunia ini bukanlah kerana manusia lain dan bukan pula perlu mengikut kehendak manusia lain, tetapi adalah kerana Allah dan perlulah mengikut arahan dan perentahNya.

2. Manusia suka dipuji dan benci dikeji. Jadi besarkan pujian kepada mereka atas segala kejayaannya, walaupun kejayaan dicapai mereka itu adalah kecil nilainya. Pujian akan membawa keyakinan diri dan perasaan disokong. Bukan pula perlu ditambah modal atau kos tambahan. Pujian dengan perkataan pun dah cukup biasanya.

3. Perlu agaknya kita memulakan tradisi baru memberi anugerah kepada segala kejayaan yang dicapai oleh ahli keluarga kita. Buatlah jamuan kecil sekeluarga misalnya, bagi memperingati setiap kejayaan yang dicapai oleh ahli keluarga. Ini merupakan anugerah atas kejayaan, mungkin berjaya khatam Al Quran, atau terpilih masuk sekolah berasrama, atau dilantik menjadi pengawas, dll. Segala kejayaan ahli keluarga sekecil mana pun perlu dirai dan disambut supaya keyakinan diri dan rasa dihargai dirasai, disamping ianya dapat mengeratkan hubungan saliturahim. Hidup biarlah selalu gumbira, apa salahnya.

Rengkasaannya

a). Segala yang kita buat hendaklah kerana Allah dan kerana suruhannya. Larangannya pula kita jauhi.

b). Segala kejayaan perlu diberi pujian dan diraikan bagi menaikkan semangat dan keyakinan diri.

c). Segala kelemahan jika ada pun, tak perlu ditonjolkan atau dikutuk atau diperkatakan kecuali sangat2 perlu dan diyakinkan ianya untuk kebaikan. Bantulah mengatasi apa2 kelemahanya jika ada. Jika fokus banyak ditumpukan kepada kekuatan diri, maka dengan sendirinya kelemahan yang ada ada terhapus tanpa usaha sedar. Lagi pun setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan masing2, atas kitalah membuat perancangan terhadapnya.


B. SUSAH MENGALAKKAN AHLI KELUARGA UNTUK MEMBACA

PERSOALAN: Ramai yang tak suka membaca bagi menambah ilmu.

CADANGAN: Carilah alternatif untuk menambah ilmu selain dari membaca. Di antaranya ialah mendengar ceramah di TV, radio, CD, MP3. Di rumah biarkanlah radio membebel untuk dipetik mana2 mutiara yang disampaikannya. Banyak rancangan ilmiah di radio dan TV sekarang ini, pilihlah mana yang sesuai. Masa membuat kerja di rumah misalnya, radio boleh di”on”kan untuk dimanfaat rancangan ilmiah yang banyak disiarankannya. Biarlah radio membebel asal tak menggangu orang lain.


C. SIKAP SUKA MEMARAHI AHLI KELUARGANYA

PERSOALAN: Ketua keluarga suka memarahi ahli keluarga.

PENERANGAN/CADANGAN:

a). Selalunya manusia pemarah adalah manusia yang bermasaalah terutama semasa semana kecilnya, menyebabkan ia tiada keyakinan diri dan bertabiat suka menyalahi orang lain. Orang sebegini memerlukan penghargaan bagi mengurangkan dan menghapuskan perasaan rendah dirinya. Bila diberi penghargaan maka takat keyakinan dirinya akan meningkat menjadikan ianya lebih terbuka dan seronok berada bersama mereka yang menghargainya. Ubahkanlah sifat kemarahannya dengan berbuat baik dengannya dan memuji segala perbuatannya yang berguna berfaedah walau pun kecil. Tujuannya ialah untuk meningkatkan keyakinan dirinya dan bagi merasa dirinya dihargai. Maafkan jika ada kesalahannya dan jangan bertindak memarahinya atau berlawan tengkar dengannya. Biar dia berseronok melayan kita pula.

b). Manusia mempunyai kelemahan dan kekurangan masing2. Mereka juga ada kekuatan masing2. Dengan memberi pujian dan galakkan mereka dapat meningkatkan keupayaan kepada kekuatan yabg ada dan dengan sendirinya akan meninggalkan kelemahan yang ada. Berilah fokus kepada kekuatan masing2 dengan memberi galakkan dan pujian kerana manusia sangat lapar pada kepujian dan penghargaan. Kepujian dan penghargaan meningkatkan semangat jaya.


D. APA YANG DITANAMLAH YANG AKAN DITUAI

Apa yang kita perolihi hari ini adalah hasil dari apa yang diusahakan di masa lepas. Lebih usaha di masa lepas mendatangkan lebih jayanya. Apa yang kita buat sekarang akan membuahkan hasilnya di masa akan datang. Perlu diingat bahawa cara membuat sesuatu usaha itu akan menghasilkan pulangan yang berbeza. Jadi perlulah dipilih cara yang sesuai ketika menjalankan sesuatu usaha.


E. SIAPAKAH YANG SUKA MENGKRITIK ORANG LAIN

Manusia yang yakin atas diri sendiri tak suka mengkritik orang lain, terutamanya ketika di belakangnya. Mereka tak mengkritik tetapi akan bersemuka untuk berbincang dengan baik atau memberi nasihat yang berguna.

Hanya mereka yang rendah diri mengkritik orang lain, terutamanya di belakangnya. Inilah sikap manusia bagi menghilangkan perasaan rendah dirinya. Bila mengkritik ia akan merasa megah dan merasa tinggi diri.


F. PILIHANRAYA HARIAN

Ramai manusia tak perasaan yang kita mengadakan pilihan raya pada setiap masa. Yang dipilih ialah:

a). menurut nafsu atau beriman

b). membuat dosa atau menghasilkan pahala

c). Beriman/membuat taat atau kufur/membuat maksiat

d). Memilih Syurga atau Neraka

e). Berusaha mendapat Redo Allah atau mendapat KemurkaanNya.


Juga memilih keadaan kita ketika:

a). satratul maut

b). dalam kubur

c). Padang Mahsyar

d). Timbangan

e). Titi Sirat

Pilihan setiap masa inilah yang menentukan apa yang akan didapati di masa akan datang. Maka pilihlah dentan teliti.


G. YAKIN DAN TAKUT

Orang yang yakin tak akan merasa takut. Hanya orang yang tak yakin yang takut. Manusia yang yakin kepada Allah, menurut segala kehendakNya dan menjauhi segala laranganNya tak pernah takut. Kerana ia tahu bahawa segalanya adalah ketentuan Allah, apa yang perlu ditakutkan. Kalau Allah tak mahu sesuatu itu terjadi maka sudah pasti ianya tak akan terjadi. Jika Allah nak ianya berlaku maka akan berlakulah ia. Kan dia dah menyerah diringa kepada Allah. Yang perlu dibuatnya ialah berusaha dan berdoa. Yang lain it ialah kerja Allah.


Dr MM/Siti/IKIMfm


Sunday, December 26, 2010

BAYARAN TOL




TOL LEBUHRAYA DI MASA HADAPAN



Bayangkan anda sedang melalui jalan raya yang sangat lebar dan baik keadaannya sehingga anda membawa kenderaan anda dengan lajunya. Selepas memandu buat beberapa ketika anda sampai ke pondok Tol jalan tersebut.

Tiba2 anda teringat yang anda terlupa bawa duit dan anda berhentikan kereta anda berhampiran bangunan Tol tersebut termenung tak tahu bagaimana nak melepasi Tol tersebut untuk meneruskan pemanduan anda. Duit tak ada, Kad Touch and Go pun tak bawa. Kalau guna Lebuhraya PLUS tentu tak masuk lebuhraya tersebut tanpa duit kerana akan teringatnya tatkala nak ambil tiket masuk.

Anda hanya dapat melihat kenderaan lain melalui Tol tersebut dengan senangnya, termasuklah kereta besar dan kereta kecil, kereta mewah dan kereta yang dah TUA. Mereka ketawa senyum lebar kerana seronok.

Kemudian anda melihat banyak kereta lain yang berhenti macam anda juga kerana tak ada duit nak bayar Tol. Berlonggoklah anda dengan mereka menyesal tak bawa duit tadi. Apakah tindakan anda seterusnya?

Ini bukannya mimpi kerana kalau mimpi sudah tentu anda jatuh katil ketika terkejut dan terjaga dari tidur dan ini menyelamatkan diri anda, walaupun runsing sedikit.

Inilah senerio sebenar yang anda akan hadapi. Juga yang saya akan hadapi.

Kalau ada bawa duit atau kad bayar Tol kita akan melepasi Tol tersebut. Kalau tak ada tunggulah sambil menyesal tidak membuat persediaan. Menyesal sebab tak ada duit-pahala untuk dijadikan duit melepasi titi sirat tatkala di Mahsyar.

Jadi jika nak ke sana pastikan membawa banyak duit berbentuk pahala. Mungkin ada pula yang perlu kita berikan kepada mereka yang kita umpat dan keji, membayar hutang yang belum bayar dan sebagainya. Silap2 jadi muflis walaupun banyak pahala yang dibawa.

Tapi jangan kuatir.

Kalau tak dapat melepasinya, ada jalan lain untuk pergi. Yaitu ke Bandaraya Jahannam. Akan kekal di sana nanti.

Nak tahu banyak tentangnya sertailah kelas pengajian dewasa di Surau atau Masjid atau di mana2 dan buatlah pilihan terbaik.


(Taskirah Ust. Abdullah Man, Kajang)

Bersedialah untuk melintasi Tol Akhirat.

Friday, October 1, 2010

KEJADIAN SETIAP PAGI JUMAAT

Diceritakan tentang kejadian insan manusia dan kesudahannya yang selalunya diceritakan saban subuh Jumaat, tak terkecuali pagi tadi. Beginilah kesahnya:


Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa yang beredar, sedang ia masih belum wujud lagi dan tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut. Maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat?

Sesungguhnya Allah telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur dari pati benih lelaki dan perempuan, serta Dia menguji mereka dengan kewajipan. Sebab itulah Allah jadikan mereka berkeadaan boleh mendengar dan melihat. Kerana keadaan sebegitu tidak mencukupi, maka Allah menunjukkan kepada mereka melalui akalnya dan RasulNya ke jalan yang benar dan juga yang salah. Terserahlah kepada manusia, samaada mereka mahu bersyukur dengan beriman dan taat atau mereka memilih berlaku kufur dengan mengingkari kebenaran atau menderhakaNya.

Dalam pada itu, Allah sediakan bagi mereka yang kufur atau menderhaka itu beberapa rantai dan belenggu serta neraka yang menjulang apinya.

Bagi orang yang berbakti dengan taat dan kebajikan, mereka akan diberi minuman dari piala sejenis minuman yang bercampur “Kafur”. Iaitu sebuah matair di Syurga yang diminum daripadanya oleh hambaNya yang taat. Mereka boleh mengalirnya di tempat tinggal mereka dengan mudahnya dan menurut kemahuannya.

Mereka dikurniakan kesenangan sebegitu kerana mereka menyempurnakan nazarnya, apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya. Serta mereka takutkan hari akhirat serta azab seksanya. Juga mereka memberi makanan yang dihajati dan disukainya kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan, sambil berkata dengan lidah atau dengan hatinya: “Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata. Kami tidak berkehendaki balasan dari kamu atau pun ucapan terima kasih. Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab pada hari di mana muka orang yang bersalah kelihatan masam berkerut”.

Dengan sebab mereka menjaga diri dari kesalahan, maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan berseri-seri di muka dan perasaan ria gembira di hati.

Dan kerana kesabaran mereka mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya, mereka dibalas Allah dengan Syurga dan persalinan sutera. Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin yang berhias. Tiada nampak di situ adanya matahari usahkan hawa panasnya, dan tidak juga mereka merasai suasana yang terlampau sejuk. Sedang naungan pohon Syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula mudah untuk mereka petik.

Selain itu, diedarkan kepada mereka oleh pelayannya, bijana dari perak dan piala minuman yang keadaannya laksana kaca nampak jelas isinya; keadaannya laksana kaca, sedang ianya dari perak. Pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya.

Di dalam Syurga itu juga mreka diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari “Zanjabil”, iaitu sebuah mata air dalam Syurga yang disebutkan sifatnya sebagai “Salsabil”.

Mereka dilayani oleh anak muda lelaki yang tetap kekal mudanya, yang sentiasa beredar di sekitar mereka. Apabila engkau melihat anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan.

Apabila engkau melihat di dalam Syurga itu, engkau akan melihat nikmat yang melimpah dan kerajaan yang besar tidak ada bandingannya. Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal yang bertekat. Serta mereka dihiasi dengan gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman yang bersih suci.

Serta dikatakan kepada mereka: “Segala pemberian ini adalah untuk kamu sebagai balasan usaha amal kamu di dunia dahulu yang diterima dan dihargai Allah”.

Sesungguhnya, Kami telah menurunkan Al-Quran kepadamu Muhammad, secara beransur. Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu memberi tempoh kepada golongan yang menentangmu. Dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka atau orang yang kufur ingkar.

Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu di dalam dan di luar sembahyang, pada waktu pagi dan petang, dan dengan apa keadaan pun. Dan pada sebahagian waktu malam sujudlah kepada Tuhan dengan mengerjakan sembahyang dan sebolehnya bertasbihlah memujiNya dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud, pada sebahagian yang panjang di waktu malam.

Orang yang menentangmu itu sentiasa mencintai kesenangan dan kemewahan dunia yang cepat habisnya, serta mereka tidak menghiraukan bekalan hari akhirat yang amat berat penderitaannya kepada orang yang tidak bertaqwa.

Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka. Kami berkuasa membinasakan mereka dan apabila Kami kehendaki, dan Kami gantikan mereka dengan orang serupa mereka, dengan penggantian yang sebaiknya.

Sesungguhnya, segala keterangan yang disebutkan ini, menjadi peringatan. Maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah dengan iman dan taat.

Dan tiadalah kamu berkemahuan melakukan sesuatu perkara melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah. Sesungguhnya, Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya.

Ia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya menurut ketetapan peraturanNya, ke dalam rahmatNya dengan ditempatkanNya ke dalam Syurga. Dan orang yang zalim, Ia sediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.




Klik sini untuk dengar bacaannya:



Al-Insan

Al-Insan, Madinah


-----------------------------------------------------------------


Tak kurang juga diceritakan juga ialah kesah manusia taat yang bersujud, diturunkan di sini:


32. As-Sajdah


1. Tidak syak lagi bahawa Al-Quran ini diturunkan dari Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.

2. Orang kafir tidak mengakui hakikat ini, bahkan mereka mengatakan bahawa Muhammad lah yang mengadakan Al-Quran menurut rekaannya. Dakwaan mereka itu tidak benar. Al-Quran ialah perkara yang benar dari Tuhan supaya Muhammad memberi ingatan dan amaran kepada kaumnya yang telah lama tidak didatangi sebarang pemberi ingatan dan amaran, semoga mereka beroleh hidayah petunjuk.

3. Allah lah yang mencipta langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy. Kamu tidak akan beroleh sebarang penolong dan pemberi syafaat selain dariNya. Tidakkah kamu mahu insaf dan mengambil iktibar untuk mencapai keredaanNya?

4. Allah mentadbirkan makhlukNya. Bagi melaksanakan tadbirNya itu Ia menurunkan segala sebab dan peraturan dari langit ke bumi. Kemudian diangkat naik kepada pengetahuanNya segala yang berlaku dari perlaksanaan tadbirNya itu untuk dihakimiNya pada suatu masa yang dirasai oleh orang yang bersalah banyak bilangan tahunnya.

5. Yang demikian sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. Yang menciptakan setiap sesuatu dengan sebaiknya.

6. Dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah. Kemudian Ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air benih yang sedikit dipandang orang. Kemudian Ia sempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya dengan mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta akal fikiran supaya kamu bersyukur. Tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur.

7. Mereka yang kafir itu berkata: “Adakah apabila kami telah hilang lenyap dalam tanah, kami pula akan hidup semula dalam bentuk kejadian yang baharu? Betulkah demikian?” Mereka bukan sahaja tidak percaya tentang hidup semula, bahkan mereka tidak percaya tentang pertemuan dengan Tuhannya.

8. Katakanlah; “Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu untuk menerima balasan”.

9. Sungguh ngeri sekiranya engkau melihat ketika orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu: “Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelasnya akan segala yang kami ingkari dulu. Kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal baik. Kami sekarang telah yakin”.

10. Bagi menolak rayuan itu Allah berfirman: “Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan memberi hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada setiap seorang tanpa usahanya masing-masing, nescaya Kami berikan kepada setiap seorang akan hidayah petunjuknya sebelum mereka meninggal dunia, supaya tidak diazab di akhirat. Tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu. Sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan jin dan manusia yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh”.

11. Lalu dikatakan kepada mereka: “Oleh sebab kelalaian kamu maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi dan dengan demikian rasalah azab yang kekal dengan sebab apa yang kamu dulu kerjakan”.

12. Sesungguhnya, yang sebenarnya beriman kepada ayat keterangan Kami hanyalah orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud menandakan taat patuh, dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka. Dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.

13. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur dengan sedikit sangat tidurnya, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal soleh. Mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takutkan kemurkaanNya serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi keredaanNya. Dan mereka pula selalu mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.

14. Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka dari segala jenis nikmat yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal soleh yang mereka telah kerjakan.

15. Jika demikian halnya, maka adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik? Mereka tidaklah sama dalam menerima balasan masing-masing. Adapun orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh Syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan.

16. Sebaliknya, orang yang fasik, tempat kediaman mereka ialah neraka - setiap kali mereka hendak keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya serta dikatakan kepadanya: “Rasalah azab neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu”.

17. Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab yang besar di akhirat kelak, supaya mereka rujuk kembali dan bertaubat.

18. Tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling daripadanya dan mengingkarinya. Kami tetap membalas mereka ini.

19. Kami telah memberi kepada Nabi Musa Kitab Taurat sebagaimana Kami berikan Al-Quran kepadamu wahai Muhammad. Maka janganlah engkau ragu menyambut dan menerimanya. Kami jadikan Kitab Taurat itu hidayah penunjuk bagi kaum Bani Israil.

20. Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar dalam menjalankan tugas itu serta mereka tetap yakin akan ayat keterangan Kami.

21. Pertentangan di antara satu golongan dengan yang lain itu sesungguhnya, Tuhanmu sahajalah yang akan memutuskan hukumNya di antara mereka pada hari kiamat, mengenai apa yang mereka berselisihan padanya.

22. Belumkah lagi ternyata kepada mereka yang kafir itu bahawa Kami telah binasakan berapa banyak dari kaum yang kufur ingkar terdahulu, padahal mereka sekarang berulang-alik melalui tempat tinggal kaum tersebut? Sesungguhnya kebinasaan kaum itu mengandungi keterangan untuk dijadikan iktibar. Oleh itu tidakkah mereka mahu mendengar dan insaf?

23. Tidakkah mereka yang tidak mahu taat dan bersyukur itu melihat bahawasanya Kami mengarahkan turunnya hujan ke bumi yang kering kontang, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman, yang daripadanya dimakan oleh binatang ternak mereka dan mereka sendiri? Mengapa mereka tidak mahu memerhati semuanya itu supaya taat dan bersyukur?

24. Mereka bertanya: “Bilakah datangnya hari pembukaan bicara yang dikatakan itu jika betul kamu orang yang benar?” Katakanlah: “Tidak perlu diketahui masa datangnya tetapi mesti dipercayai bahawa pada hari pembukaan bicara itu, tidak ada gunanya lagi kepada orang kafir kiranya mereka hendak beriman, dan mereka pula tidak akan diberi tempoh berbuat demikian”.

25. Oleh itu, janganlah engkau hiraukan mereka, dan tunggulah kesudahan mereka. Sesungguhnya, mereka pun menunggu kesudahanmu.



As-Sajdah, Mekah





Klik sini untuk dengar surahnya:


As-Sajdah

Saturday, July 31, 2010

UJIAN ALLAH DAN ADAB BERDOA

Sudahkah anda diuji? Semoga anda berjaya dengan ujian tersebut kerana segala ujian mematangkan kita dan membuat kita sentiasa bersedia dengan ujian lain yang pasti datang.

Manusia hidup untuk diuji.




Sudahkah anda berdoa?
Berdoakah secara yang betul supaya mendatangkan faedah.

Saturday, May 15, 2010

QARUN

TASKIRAH BUKIT A (100515)

Surah Al Qasas, Ayat 76 dan 77

Mengenai Qarun dengan hartanya:

Qarun ialah sepupu kepada Nabi Musa dan hidup di zaman Nabi Musa. Qarun ialah anak Yashak anak Khais anak Khamsun (Datuk Nabi Musa). Ia menghafaz Kitab Taurat, tetapi ketika hidupnya telah membuat zalim.

Asalnyaadalah seorang Islam tapi kemudiannya menjadi seorang munafik. Lebih kurang sama dengan Musa Samiri yang mulanya seorang Islam tetapi menjadi Munafik menyembah lembu emas.

Keadaan orang munafik adalah tak sama dengan orang kafir. Orang Munafik jiwanya adalah kafir dan pada zahirnya sebagai orang Islam. Zaman Nabi Muhammad mereka menyucap syahadah bersaksikan Nabi Muhammad sebagai utusan Allah. Mereka sembahyang tapi adalah pembohong dan hatinya bukan Islam.

Di zaman Nabi Muhammad jumlah orang munafik dikatakan lebih kurang 300 orang. Sahabat Nabi menyarankan mereka ini dibunuh. Nabi tak setuju kerana tak mahu orang luar mengungkit dan mengutuk umat Islam.

Orang yang bertaqwa takut secara tak disedarinya, menjadi munafik. Saidina Umar pernah bertanya Huzaifah sama ada Nabi Muhammad menamakan Umar sebagai orang munafik. Huzaifah yang diberitahu Nabi Muhammad siapa munafik itu, berkata Umar bukannya munafik.

1. Hassan Basri pernah berkata: “Adalah bahaya mengatakan dirinya bukan munafik”

2. Orang munafik akan berada di neraka yang paling bawah sekali.

3. Nabi Muhammad SAW mengalakkan imam membaca surah Al Munafikun ketika sembahyang Jumaat. Ini bagi memperingati jumaah yang datang sembahyang.

4. Munafik adalah manusia yang syak dan lemah keyakinannya terhadap Islam.

5. Terdapat empat gulungan manusia. Pertamanya: Lahir beriman, hidup beriman dan mati beriman. Keduanya: Lahir beriman, hidup beriman dan mati kafir. Ketiganya: Lahir kafir, hidup kafir dan mati kafir Keempatnya: Lahir kafir, hidup kafir dan mati beriman.

Jenazah orang munafik perlu kita uruskan macam biasa sebagai orang Islam. Ketua munafik Abdullau Ubai, ketika matinya telah dikafan, disolat dan uruskan sebagai Islam oleh Nabi dan sahabatnya.

Kemudiannya turun ayat Al Quran menyatakan supaya orang Islam jangan solatkan jenazahnya, jangan berdoa untuk mereka dan jangan berdiri pada kuburnya.

Qarun sangat kaya dan mengaku harta tersebut adalah kurniaan Allah tetapi mengatakan bahawa ianya kepunyaannya atas usaha dan kepandaiannya.

Simpanan harta Qarun sangatlah banyak dan dikatakan bahawa kunci gudangnya perlu dibawa oleh 40 orang yang gagah. Ini mengambarkan yang hartanya sangat banyak hingga tak terkira. Ianya adah tokoh korperat zaman dulu.

Harta adalah pemberian Allah kepada semua orang tak kiralah sama ada dia beriman atau tidak. Malah ada kalanya orang bukan beriman lebih banyak hartanya dari orang beriman.

Qarun telah membuat fitnah kepada Nabi Musa menyatakan yang Nabi Musa telah berzina dengan seorang perempuan. Perempuan tersebut telah diupah oleh Qarun egaku berzina dengan Nabi Musa.

Surah An Nur ada membentangkan masaalah tuduhan zina ini. Umar pernah merotan orang yang menuduh orang melakukan zina dan oleh kerana tak ada cukup saksi penuduh telah dirotan. Mereka pula tak boleh diterima menjadi saksi kemudiannya. Dan mereka menjadi fasik kecuali jika bertaubat.

Selalunya orang yang berharta banyak akan menjadi angkuh. Inilah yang terjadi kepada Qarun. Qarun angkuh dengan hartanya. Firaun angkuh dengan pangkat dan kuasanya.

Sebenarnya harta tersebut pemberian Allah. Allah berikan banyak kemudahan untuknya mendapatkan harta. Kalau Allah nak tarik balik harta tersebut mudah sahaja bagiNya. Maka perlulah kita bersyukur.

Hadis Nabi SAW: “Allah berikan harta pada orang yang Dia suka dan juga yang Dia tak suka”. Tapi iman hanya diberikan Allah pada pilihannya.

Qarun telah beri nasihat tetapi tidak diindahkannya. Kaumnya berkata: “Kamu jangan angkuh Qarun dengan hartamu. Jangan kamu terlalu seronok. Allah tak suka kepada orang yang angkuh”.

Contoh: Salah seorang yang tak angkuh dalam hidupnya ialah Harum Al Rashid. Satu ketika sedang ia menaiki kuda seorang Yahudi menahannya dan berkata kepadanya supaya bertaqwa kepada Allah. Harun Al Rashid turun dari kudanya dan terus sujud kepada Allah. Kemudian ia bertanya kepada Yahudi tersebut apakah hajatnya dan ditunaikan kemahuannya.

Harun Al Rashid telah ditanya kenapa beliau menurut kata Yahudi tersebut. Jawapannya: ia teringat ayat 216 Al Baqarah yang menyatakan:

[206] Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertakwalah engkau kepada Allah", timbullah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah dia (menerima balasan azab) Neraka Jahanam dan demi sesungguhnya, (Neraka Jahanam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal.

Perkara yang benar perlu kita ikut walau pun ianya disebutkan oleh orang bukan Islam, kerana perkara yang dikatanya adalah perintah Allah. Itulah sebabnya Harun Al Rashid sujud apabila Yahudi tersebut menyatakan demikian (suruh sujud kepada Allah).

Janganlah pangkat, harta, pengaruh dll menahan kamu dari bertaqwa pada Allah.

Tawaduq = tunduk kepada yang hak walaupun ianya datang dari kanak2 atau orang yang jahil. Inilah yang dibuat oleh Harun Al Rashid. Ia tak angkuh. Sifat angkuhlah yang telah menjahanamkan Qarun dan Firaun, diantaranya.

Nasihat kedua kaumnya kepada Qarun: “Kamu carilah akhirat dengan nikmat yang tuhan berikan kepada kamu”.

Orang kaya tak sempat banyak buat yang sunat, hanya sempat buat yang wajib sahaya. Akan tetapi pahala (sunat) boleh ditampong dengan banyak menderma dan buat kebaikan dari harta yang ada. Segala harta yang digunakan untuk akhirat akan diberi Allah pahalanya. Janganlah mengharap waris kita yang akan sedekahkan harta yang kita tinggalkan selepas kita nati nanti. Kalau adapun mungkin keiklasannya tak menentu lagi. Jadi carilah akhirat ketika kita masih hidup.

Sediakan untuk negeri akhirat kamu dan jangan lupa kepada hal keadaan dunia kamu.

Rengkasan Taskirah:

1. Jangan angkuh.

2. Carilah dan sediakanlah faedah akhirat

3. Jangan lupa kepada habuan dunia

4. Berbuat baiklah kepada manusia, makluk Allah

5. Jangan buat kerosakan

TAMAT


Friday, April 23, 2010

PERANAN ANGIN

.
.
APA YANG DIBAWA BERSAMANYA

Kebanyakannya kita tak nampak. Ianya sendiri pun ghaib.


O2, CO2, N, Hi, Fm, Am, SW, TV, sms, mms, debunga, eroma, H2O, dll.
(senarainya berpanjangan)