Saturday, May 15, 2010

QARUN

TASKIRAH BUKIT A (100515)

Surah Al Qasas, Ayat 76 dan 77

Mengenai Qarun dengan hartanya:

Qarun ialah sepupu kepada Nabi Musa dan hidup di zaman Nabi Musa. Qarun ialah anak Yashak anak Khais anak Khamsun (Datuk Nabi Musa). Ia menghafaz Kitab Taurat, tetapi ketika hidupnya telah membuat zalim.

Asalnyaadalah seorang Islam tapi kemudiannya menjadi seorang munafik. Lebih kurang sama dengan Musa Samiri yang mulanya seorang Islam tetapi menjadi Munafik menyembah lembu emas.

Keadaan orang munafik adalah tak sama dengan orang kafir. Orang Munafik jiwanya adalah kafir dan pada zahirnya sebagai orang Islam. Zaman Nabi Muhammad mereka menyucap syahadah bersaksikan Nabi Muhammad sebagai utusan Allah. Mereka sembahyang tapi adalah pembohong dan hatinya bukan Islam.

Di zaman Nabi Muhammad jumlah orang munafik dikatakan lebih kurang 300 orang. Sahabat Nabi menyarankan mereka ini dibunuh. Nabi tak setuju kerana tak mahu orang luar mengungkit dan mengutuk umat Islam.

Orang yang bertaqwa takut secara tak disedarinya, menjadi munafik. Saidina Umar pernah bertanya Huzaifah sama ada Nabi Muhammad menamakan Umar sebagai orang munafik. Huzaifah yang diberitahu Nabi Muhammad siapa munafik itu, berkata Umar bukannya munafik.

1. Hassan Basri pernah berkata: “Adalah bahaya mengatakan dirinya bukan munafik”

2. Orang munafik akan berada di neraka yang paling bawah sekali.

3. Nabi Muhammad SAW mengalakkan imam membaca surah Al Munafikun ketika sembahyang Jumaat. Ini bagi memperingati jumaah yang datang sembahyang.

4. Munafik adalah manusia yang syak dan lemah keyakinannya terhadap Islam.

5. Terdapat empat gulungan manusia. Pertamanya: Lahir beriman, hidup beriman dan mati beriman. Keduanya: Lahir beriman, hidup beriman dan mati kafir. Ketiganya: Lahir kafir, hidup kafir dan mati kafir Keempatnya: Lahir kafir, hidup kafir dan mati beriman.

Jenazah orang munafik perlu kita uruskan macam biasa sebagai orang Islam. Ketua munafik Abdullau Ubai, ketika matinya telah dikafan, disolat dan uruskan sebagai Islam oleh Nabi dan sahabatnya.

Kemudiannya turun ayat Al Quran menyatakan supaya orang Islam jangan solatkan jenazahnya, jangan berdoa untuk mereka dan jangan berdiri pada kuburnya.

Qarun sangat kaya dan mengaku harta tersebut adalah kurniaan Allah tetapi mengatakan bahawa ianya kepunyaannya atas usaha dan kepandaiannya.

Simpanan harta Qarun sangatlah banyak dan dikatakan bahawa kunci gudangnya perlu dibawa oleh 40 orang yang gagah. Ini mengambarkan yang hartanya sangat banyak hingga tak terkira. Ianya adah tokoh korperat zaman dulu.

Harta adalah pemberian Allah kepada semua orang tak kiralah sama ada dia beriman atau tidak. Malah ada kalanya orang bukan beriman lebih banyak hartanya dari orang beriman.

Qarun telah membuat fitnah kepada Nabi Musa menyatakan yang Nabi Musa telah berzina dengan seorang perempuan. Perempuan tersebut telah diupah oleh Qarun egaku berzina dengan Nabi Musa.

Surah An Nur ada membentangkan masaalah tuduhan zina ini. Umar pernah merotan orang yang menuduh orang melakukan zina dan oleh kerana tak ada cukup saksi penuduh telah dirotan. Mereka pula tak boleh diterima menjadi saksi kemudiannya. Dan mereka menjadi fasik kecuali jika bertaubat.

Selalunya orang yang berharta banyak akan menjadi angkuh. Inilah yang terjadi kepada Qarun. Qarun angkuh dengan hartanya. Firaun angkuh dengan pangkat dan kuasanya.

Sebenarnya harta tersebut pemberian Allah. Allah berikan banyak kemudahan untuknya mendapatkan harta. Kalau Allah nak tarik balik harta tersebut mudah sahaja bagiNya. Maka perlulah kita bersyukur.

Hadis Nabi SAW: “Allah berikan harta pada orang yang Dia suka dan juga yang Dia tak suka”. Tapi iman hanya diberikan Allah pada pilihannya.

Qarun telah beri nasihat tetapi tidak diindahkannya. Kaumnya berkata: “Kamu jangan angkuh Qarun dengan hartamu. Jangan kamu terlalu seronok. Allah tak suka kepada orang yang angkuh”.

Contoh: Salah seorang yang tak angkuh dalam hidupnya ialah Harum Al Rashid. Satu ketika sedang ia menaiki kuda seorang Yahudi menahannya dan berkata kepadanya supaya bertaqwa kepada Allah. Harun Al Rashid turun dari kudanya dan terus sujud kepada Allah. Kemudian ia bertanya kepada Yahudi tersebut apakah hajatnya dan ditunaikan kemahuannya.

Harun Al Rashid telah ditanya kenapa beliau menurut kata Yahudi tersebut. Jawapannya: ia teringat ayat 216 Al Baqarah yang menyatakan:

[206] Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertakwalah engkau kepada Allah", timbullah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah dia (menerima balasan azab) Neraka Jahanam dan demi sesungguhnya, (Neraka Jahanam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal.

Perkara yang benar perlu kita ikut walau pun ianya disebutkan oleh orang bukan Islam, kerana perkara yang dikatanya adalah perintah Allah. Itulah sebabnya Harun Al Rashid sujud apabila Yahudi tersebut menyatakan demikian (suruh sujud kepada Allah).

Janganlah pangkat, harta, pengaruh dll menahan kamu dari bertaqwa pada Allah.

Tawaduq = tunduk kepada yang hak walaupun ianya datang dari kanak2 atau orang yang jahil. Inilah yang dibuat oleh Harun Al Rashid. Ia tak angkuh. Sifat angkuhlah yang telah menjahanamkan Qarun dan Firaun, diantaranya.

Nasihat kedua kaumnya kepada Qarun: “Kamu carilah akhirat dengan nikmat yang tuhan berikan kepada kamu”.

Orang kaya tak sempat banyak buat yang sunat, hanya sempat buat yang wajib sahaya. Akan tetapi pahala (sunat) boleh ditampong dengan banyak menderma dan buat kebaikan dari harta yang ada. Segala harta yang digunakan untuk akhirat akan diberi Allah pahalanya. Janganlah mengharap waris kita yang akan sedekahkan harta yang kita tinggalkan selepas kita nati nanti. Kalau adapun mungkin keiklasannya tak menentu lagi. Jadi carilah akhirat ketika kita masih hidup.

Sediakan untuk negeri akhirat kamu dan jangan lupa kepada hal keadaan dunia kamu.

Rengkasan Taskirah:

1. Jangan angkuh.

2. Carilah dan sediakanlah faedah akhirat

3. Jangan lupa kepada habuan dunia

4. Berbuat baiklah kepada manusia, makluk Allah

5. Jangan buat kerosakan

TAMAT