Taskirah IKIM Pagi Jun 3009
Manusia tidak diberi Allah pengetahuan tentang bila a
Nabi Muhammad SAW bila ditanya oleh Jibril di satu perhimpunan majlis ilmu dengan sahabatnya menyatakan :
“bukankah orang yang bertanya itu lebih tahu daripada orang yang ditanya"
(Maksudnya: Jibril yang bertanya sudah tentu lebih tahu tentang bila berlaku kiamat. Nabi Muhammad SAW tak di beri pengetahuan tentangnya oleh Allah).
Hanya Allah yang tahu bila akan berlakunya Kiamat itu.
Manusia juga tak diberitahu Allah tentang apa yang ada dalam rahim ibu. Pengetahuan tersebut hanya ada pada Allah. Allah tahu bila bermulanya pensenyawaan, adakah janin tersebut akan gugur, apakah rezekinya, apakah umurnya, bagaimanakah kehidupannya di dunia nanti dan sebagainya.
Janin dalam kandungan ibunya = (40 > 40 > 40 > 4 perkara dimasukkan oleh malaikat).
Manusia tak ada ilmu tentang kandungan dalam rahim perempuan. Yang dapat manusia tahu mungkin hanya melalui alat scan sama ada janin tersebut lelaki atau perempuan dan sifat asas fisikalnya.
Manusia juga tak tahu bila akan berlakunya hujan. Yang manusia boleh buat hanyalah ramalan berlakunya hujan berdasarkan kepada sunatullah kejadian alam. Itulah ilmu yang diberikan Allah kepada manusia. Itulah sebabnya kita sediakan payung sebelum hujan.
Manusia juga tak tahu apa yang akan dilakukannya esok. Ia boleh merancang tapi apa yang sebenarnya dilakukannya tak mestinya terjadi mengikut apa yang dirancangkannya. Perkara ini biasa berlaku kepada manusia, rancang lain tapi yang berlaku lain. Contoh: Sedang memandu dengan hemahnya kereta kita dilanggar kenderaan lain. Atau ditimpa dahan sekah. Atau dilanggar babi hutan sampai masuk sungai.
Atau siapa yang tahu penyanyi terkenal Jackson dah mati kalau ia tidak membaca akbar atau mendengar dari mass media.
Apa yang akan diperolihi pada hari esoknya pun kita tidak akan ketahui, hanya boleh merancangnya sahaja. Jadi perlulah kita bertawakkal saperti tawakkalnya burung yang keluar sarang pada paginya dengan perut yang kosong dan balik pada petangnya dengan perut yang berisi dengan rezeki Allah. Kerana inilah jaminan Allah hasil usaha makluknya. Rezeki disediakan tapi usaha diperlukan. Tak akan kenyang jika makan yang dihidangkan tidak disuapkan ke dalam mulut.
Tapi awas jangan berusaha sambil tinggalkan ibadat. Janganlah kerana berusaha mencari rezeki maka ibadat ditinggalkan. Contoh: Ramai yang berniaga di Pasar Maghrib (Pasar Malam) hilang Maghribnya. Adakah halal rezekinya?
Ibadat menjadikan kita kaya dunia dan akhirat.
Manusia juga tak tahu bila ia akan mati dan di mana dia akan mati. (kecualilah jika ia membunuh diri sampai mati. Kalau diselamatkan orang maka dia pun tak akan tahu bila ia akan mati nanti. Pengetahuannya tentang kematiannya pula hanya diketahuinya semasa ia nak bunuh diri. Itu pun kalau dia siuman ketika itu. Kalau tidak dia pun tak tahu bila ia akan mati).
Jadi buatlah persediaan terbaik untuk mati. Di zaman awal Islam dahulu mereka berjihat untuk mati, satu persediaan yang dijamin Syurga Allah.
Tapi jika ada hutang kena bayar hutang dulu sebelum mati.
Taskirah ini telah diubahsuai oleh penulis.