Sunday, December 26, 2010

BAYARAN TOL




TOL LEBUHRAYA DI MASA HADAPAN



Bayangkan anda sedang melalui jalan raya yang sangat lebar dan baik keadaannya sehingga anda membawa kenderaan anda dengan lajunya. Selepas memandu buat beberapa ketika anda sampai ke pondok Tol jalan tersebut.

Tiba2 anda teringat yang anda terlupa bawa duit dan anda berhentikan kereta anda berhampiran bangunan Tol tersebut termenung tak tahu bagaimana nak melepasi Tol tersebut untuk meneruskan pemanduan anda. Duit tak ada, Kad Touch and Go pun tak bawa. Kalau guna Lebuhraya PLUS tentu tak masuk lebuhraya tersebut tanpa duit kerana akan teringatnya tatkala nak ambil tiket masuk.

Anda hanya dapat melihat kenderaan lain melalui Tol tersebut dengan senangnya, termasuklah kereta besar dan kereta kecil, kereta mewah dan kereta yang dah TUA. Mereka ketawa senyum lebar kerana seronok.

Kemudian anda melihat banyak kereta lain yang berhenti macam anda juga kerana tak ada duit nak bayar Tol. Berlonggoklah anda dengan mereka menyesal tak bawa duit tadi. Apakah tindakan anda seterusnya?

Ini bukannya mimpi kerana kalau mimpi sudah tentu anda jatuh katil ketika terkejut dan terjaga dari tidur dan ini menyelamatkan diri anda, walaupun runsing sedikit.

Inilah senerio sebenar yang anda akan hadapi. Juga yang saya akan hadapi.

Kalau ada bawa duit atau kad bayar Tol kita akan melepasi Tol tersebut. Kalau tak ada tunggulah sambil menyesal tidak membuat persediaan. Menyesal sebab tak ada duit-pahala untuk dijadikan duit melepasi titi sirat tatkala di Mahsyar.

Jadi jika nak ke sana pastikan membawa banyak duit berbentuk pahala. Mungkin ada pula yang perlu kita berikan kepada mereka yang kita umpat dan keji, membayar hutang yang belum bayar dan sebagainya. Silap2 jadi muflis walaupun banyak pahala yang dibawa.

Tapi jangan kuatir.

Kalau tak dapat melepasinya, ada jalan lain untuk pergi. Yaitu ke Bandaraya Jahannam. Akan kekal di sana nanti.

Nak tahu banyak tentangnya sertailah kelas pengajian dewasa di Surau atau Masjid atau di mana2 dan buatlah pilihan terbaik.


(Taskirah Ust. Abdullah Man, Kajang)

Bersedialah untuk melintasi Tol Akhirat.