Thursday, December 11, 2008

TASKIRAH SUBUH BUKIT A 0812120600


Taskirah Bukit A 081120600


REZEKI DAN AMALAN


Bersungguhlah bagi barangan yang diakui bagi mu dan yang dituntut bagimu.


Yang diakui yaitu yang dibekalkan oleh Allah adalah rezekimu dan yang dituntut darimu adalah ibadahmu.


Allah memberi rezeki yang cukup untuk semua makluknya. Burung keluar sarang waktu paginya dengan perut yang kosong tapi balik kemudiannya dengan perut yang kenyang.


Binatang di laut, di udara dan di tanah daratan semuanya ditentu dan dibekalkan rezeki masing-masing oleh Allah. Manusia pun begitu.


Yang perlu adalah usaha. Binatang berusaha mencari nafkah/makanannya. Begitu juga manusia. Tanpa usaha rezeki tak datang sendiri.


Bayi pun berusaha mendapatkan makanan/minuman . . . . secara menarik perhatian orang dewasa dengan menangis atau bila ia besar dengan meminta.


Mariam semasa melahirkan Isa juga disuruh berusaha mengoncangkan pokok tamar bagi mendapatkan makanan buat tamar (air disediakan Allah). Masa kecilnya Mariam disediakan buah-buahan (lihat (003) Aali Imran ayat 37).


Perbandingan:

Seorang bapa membekalkan segalanya untuk anaknya dengan secukupnya. Yang disyaratkan kepada anaknya ialah anaknya hendaklah belajar sampai berjaya. Apakah perasaan bapa tersebut jika ia mendapati anaknya selalu ponteng belajar? Tentulah hampa.


Begitulah juga keadaan kita. Allah menyediakan rezeki untuk kita. Kita hanya perlu beribadat padaNya.


Apakah yang kebanyakan kita buat? Ramai kita yang tidak menurut kehendakNya, malah menentangnya.


Kita perlu hanya beribadah kepada Allah. Rezeki digerentiNya. Ingat, bekerja mencari nafkah itu adalah juga ibadah kepada tuhan. Jangan lupa mencari nafkah juga mendatangkan pahala.


Syarat kemenangan:

Adalah pertamanya, jaga ibadat dan keduanya jaga iman.


Kita perlu buat apa yang sepatutnya kita buat bukan apa yang hendak kita buat. Sesuatu perbuatan itu perlu dilakukan pada masanya.


Contoh: Masa sembahyang hendaklah kita sembahyang bukan kita membaca Al Quran walaupun membaca Al Quran itu membawa pahala. Jika sembahyang itu lebih afdal maka sembahyanglah ketika itu.


Kita perlu dapat membeza kehendak Allah dan kehendak kita dan juga kehendak syaitan.


Segala perbuatan kita hendaklah berdasarkan kepada konsep “kita buat kerana Allah suruh. Atau Allah suka kita buat itu. Atau nabi kita suka. (Nabi suka = Allah suka).


Semuanya tercatat dalam Al Quran dan Hadis. Baca dan fahamlah untuk mengetahuinya.


Ataupun nak senang lagi buatlah apa yang nabi kita buat kerana semua amalan yang nabi buat selari dengan tuntutan Allah.


Yang membinasakan kita ialah harta dan anak pinak (atau rengkasnya dunia). Kerananya kita sanggup lalai kepada amalan baik dan lupa Allah.

Rengkasan:


Allah menentukan rezeki kita. Rezeki tak perlu kita peningkan.

Kita hanya perlu beribadah kepada Allah. Segala yang Allah suka kita buat adalah ibadah, dengan syarat kita iklas kerana Allah. Mencari rezeki adalah juga ibadah. Tambahkan rezeki untuk meningkatkan ibadah. Inilah keadaan menang, menang, menang tak pernah tak menang (rugi), dunia dan akhirat.


Mash/BukitA


Sunday, December 7, 2008

Saturday, December 6, 2008

TASKIRAH RAHMAH 0811052000

Pahala tak nampak, dosa pun tak nampak.

Kalau nampak tahulah kita pahala harian kita dan dosa harian kita. Boleh congak dan buat adjustmen atau penyesuaian yang perlu.

Tapi bagi orang yang berilmu dia nampak dosa yang dibuatnya dan pahala yang diterimanya. Ini adalah kerana ia tahu apa yang menyebabka dosa dan apa yang mendatangkan pahala.

Ia yakin dengan adanya dosa dan adanya pahala. Dan dia boleh mencongaknya setiap hari/saat dan sebelum tidor setiap malam boleh membuat analisa dosa-pahala hariannya.

Apabila kita berbuat dosa hendaklah kita minta ampun kepasa Allah, dinamakan bertaubat. Untuk bertaubat kita perlu mengaku kita jhil semasa membuat dosa tersebut dan kita minta minta atas kesalahan tersebut. Kemudian kita berazam akan tidak mengulanginya kesalahan tersebut.

Jangan membinasakan diri sendiri dengan membuat dosa.

Masih Hidup

Bersyukurlah kerana kita masih hidup kerana diberi peluang untuk bertaubat. Juga diberi peluang untuk menambahkan ilmu untuk bekalan di hari akhirat nanti. Gunakan peluang ini sebelum terlambat.

Bayarlah hutang jika ada kerana ibadat tergantung jika mati berhutang.

MR/Rahmah

TASKIRAH BUKIT A 0811050600 (Mati)


"Jangan batalkan pahala yang di buat dengan mengungkitnya."

Banyakkan ingat mati dan kesannya kepada kita. Adakah bekalan mati kita dah cukup?

Kematian boleh berlaku bila-bila masa dan di mana-mana.

Seorang telah berjumpa dengan Nabi Sulaiman memberitahu yang dia sedang diekori oleh sesaorang. Beliau meminta Nabi Sulaiman melindunginya dan telah dihantar oleh Nabi Sulaiman ke India. Sampai di India orang yang mengekori beliau masih berada berhampirannya. Beliau ialah Malikulmaut yang terus mengambil nyawa orang tadi atas perintah Allah.

Menurut cerita, Malikulmaut pun hairan kerana menurut arahan diterima orang tersebut perlu diambil nyawanya di India. Semasa itu mereka berada di Palistin. Masanya dah hampir tapi orang tersebut masih di Palistin.

Dengan Nabi Sulaiman menghantarnya ke India Malikulmaut dapat mengambil nyawanya di India saperti arahan yang diterima.

Ingat, mati itu pasti dan boleh berlaku di man-mana dan bila-bila masa.

Bersedialah.
Bersedialah dengan bekalan yang banyak termampu.

Taskirah Bukit A 0812050600 (Bertaubat)

Taubat yang diterima Allah akan membawa orang yang bertaubat tersebut ke Syurga.

Bertaubat adalah wajib kerana manusia tak lekang dari membuat dosa sama ada disedari atau sebaliknya.

Bertaubat dengan sengaja akan menghapuskan dosa tersebut jika ia tidak melibatkan manusia. Jika dosa itu melibatkan manusia, maka dosa tersebut akan hanya terangkat apabila manusia terlibat mengampunkan dosa tersebut. Ia boleh dibuat secara meminta maaf kepadanya atas kesalahan kita.

Orang beriman bertaubat setiap hari dan berkali-kali sehari. Ungkapan biasa bertaubat ialah "Astigfirullahhalazim" bermaksud meminta ampun dari Allah atas dosa-dosa.

Inilah yang kita ucapkan selepas setiap sembahyang. Teruskan dan banyakkan lagi. InshaAllah.





Saturday, November 29, 2008

TASKIRAH CAMPORAN 0811292000


1. Kebajikan manusia yang tak beriman tidak akan dikira Allah. Kebajikannya hanya sia-sia. Hanya kebajikan orang yang beriman di ambil kira oleh Allah. Ini untungnya orang yang beriman.

2. "Cakap yang baik atau pun diam"
Hendaklah berfikir sebelum bercakap supaya percakapan kita membawa pahala dan kebajikan dan tidak mengundang dosa.

Mengikut kajian kurang dari 10 percakapan manusia membawa palaha kepada yang bercakap.

Yang malangnya pa yang kita cakap akan ditulis oleh Allah dan akan dipamirkan di akhirat nanti.

Dikatakan bahawa satu kalimah yang neutral boleh mengakibatkan orang yang bercakap tersebut dihumban 70 tahun di neraka.

Kurangkan bercakap kecualilah jika kita seorang pengajar atau pelajar yang perlu bercakap untuk mendapatkan atau menyebarkan ilmu.

Asasnya - jika mendatangkan pahala bercakaplah. Jika mendatangkan dosa atau tiada apa-apa faedah jangan bercakap. Diam aje.

Jangan menyesal kerana bercakap. Tak akan menyesal jika kita diam.

TASKIRAH RAIHAN 0811290700

Taskirah Raihan mengenai Nabi Musa dan pengikutnya yang dikejar Firaun pada tahun 1227 BC. Niat Firaun untuk percaya kepada Tuhan Musa ditolak Allah kerana terlambat Firaun berbuat demikian.

2. Allah memberi tangguh kepada siapa yang sesat supaya ia berubah menjadi baik dan bertaubat. Azab Allah akan hanya datang selepas manusia di beri peluang. Tapi jangan terlambat kerana jika lambat ruang untuk bertaubat akan tertutup.

3. Manusia perlu menyediakan bekalan.
Di peringkat sebelum dan sekitar umur dua puluhan, manusia perlu menyediakan bekalan untuk hidup di dunia. Kejayaan hidup dunianya bergantung kepada persediaan bekalan ini.

Di peringkat umur yang sama dan selanjutnya (sehinggan ia mati) manusia perlu menyediakan bekalan untuk kehidupan akhiratnya. Kejayaan hidup di akhirat juga akan bergantung kepada persediaan bekalan ini. Persediaan hidup di akhirat lebih penting kerana hidup di akhirat adalah untuk selamanya dan jika tak bersedia padah akibatnya.

4. Nabi Isa tak mati tapi diangkat Allah sebelum ia di tangkap oleh orang Roman. Yang mati disalib ialah Yahuza (dikatakan pembelut kumpulan Nabi Isa) yang dilihat merupai Nabi Isa.