Sunday, June 28, 2009

TASKIRAH Jun 29

TASKIRAH RADIO IKIM

Diturunkan di sini tiga ayat yang menerangkan keluasan dan dalamnya ilmu Allah. Hanya sebahagian kecil dari ilmu Allah telah perturunkanNya kepada manusia. Jika diibaratkan, ilmu Allah itu adalah keseluruhan lautan dan ilmuNya yang diberikan kepada manusia adalah hanya setitik dari lautan tersebut.

Nabi Hidir ketika beliau bersama Nabi Musa ketika melihat burung pipit meminum air di sebuah sampan menyatakan yang air yang berada di paruh burung itu diibaratkan sebagai ilmu yang ada pada manusia berbanding dengan ilmu yang ada pada Allah yang dibayangkan sebagai keseluruhan lautan.

Ilmu Allah meliputi yang zahir dan batin. Ilmu manusia hanya yang kita lihat sahaja. Nabi dan manusia yang diberi Allah keistemewaan boleh mendapatkan ilmuNya tanpa belajar saperti yang diperolihi oleh Nabi Muhammad SAW sapertimana tercatat dalam ayat 3 Surah At Tahrim. di mana rahsia isteri-isterinya dapat diketahui oleh baginda.

"Tuntutlah ilmu Allah dari buaian hingga ke liang lahat"


TASKIRAH SALAM FM

PERANGKAP YANG DI BAWA OLEH IBLIS



Nabi Yahya telah terjumpa Iblis yang sedang membawa perangkap. Bila ditanya Iblis tersebut menyatakan ia membawa perangkap tersebut untuk memerangkap manusia anak Adam.


Nabi Yahya bertanya lagi adalah Iblis membawa perangkap untuknya. Iblis menjawab ada. Bila diminta penjelasan tentang perangkap tersebut, Iblis menyatakan bahawa perangkap tersebut adalah perangkap nafsu, termasuk nafsu makan.


Apabila terperangkap dengan nafsu makan manusia akan makan banyak mengakibatkan ianya menjadi malas untuk beribadat.


Setelah mendengar kata-kata Iblis tersebut Nabi Yahya bertekat untuk kurangkan makan setakat yang diperlukan sahaja yaitu, mula makan apabila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.


Alhamdullillah, Iblis telah membuka satu dari rahsia perangkap manusia kepada Nabi Yahya. Dan kita pula mendapat faedah dari peristiwa tersebut (jika kita mengetahuinya. Nak tahu kena belajar dan belajar boleh dibuat dengan cara banyak membaca, berbincang dan menghadiri majlis ilmu Allah).


Iblis juga pernah membuka rahsianya apabila ia memberi amaran kepada manusia supaya jangan berada berdua-duan dengan mereka yang bukan muhrimnya. Ini adalah kerana ketika itu Iblis atau syaitan akan menjadi makluk yang ketiga sedang memasang perangkapnya.



Petikan Salam FM

Pagi Isnin

29 Jun 2009





Thursday, April 30, 2009

TASKIRAH PUTRA


SURAH AL ANFAAL

Umat Islam hanya dibenarkan berperang ketika Nabi Muhammad berpindah ke Madinah. Peperangan tersebut hanya bagi tujuan mempertahankan diri dari serangan musuh Islam bukan untuk tujuan menyerang atau menjajah. Sebelum itu mereka tidak dibenarkan berperang.

Perang yang pertama berlaku pada tahun dua Hijrah di mana puak Musyrik dari Mekah menyerang orang Islam di Badar. 1,000 orang musyrik Mekah telah datang dan pertahanan pehak Islam hanyalah 313 orang. Tetapi dengan pertolongan Allah pehak Islam menang dan ramai Musyrik Mekah termasuk ketua-ketua mereka terbunuh. Abu Lahab juga mati terkejut apabila menerima berita kekalahan tersebut.

Perang kedua ialah pada tahun 3 hijrah di Uhud di mana pehak Islam diserang oleh Musyrik yang juga datannya dari Mekah. Mereka dapat diusir walaupun ramai orang Islam mati.

Perang berikutnya berlaku pada tahun kelima hijrah. Berlaku di luar Madinah dan perang itu dinamakan perang Ahzab atau perang Khandak (parit). Semasa perang itu pehak Yahudi telah membantu pehak Musyrik Mekah. Orang Islam telah dikepong selama sebulan. Tetapi atas kebijaksanaan Sulaiman Al Farisi yang mencadangkan pembenaan parit di kawasan tersebut pehak Musyrik Mekah tidak dapat menghampiri orang Islam kerana kuda mereka tak boleh melompat untuk menyeberangi parit tersebut dan kalaulah kudanya terjatuh dalam parit tersebut ia tak boleh keluar dari parit tersebut. Pehak Musyrik hanya boleh mengepong sahaja tapi tak boleh menyerang sampailah ribut datang membuat mereka cabut lari dan balik dengan hampa.

Orang Yahudi yang membantu Musyrik Mekah kemudiannya dikepong kampong mereka sehingga mereka menyerah diri mengaku kalah.

Kesemua perang tadi adalah untuk mempertahankan diri sahaja. Apabila musuh menyerang pehak Islam mestilah mempertahankan diri demi Allah dan agamanya. Dan penyerang mestilh dihapuskan.
Semasa peperangan orang Islam dilarang membunuh wanita dan kanak-kanak, juga orang tua. Pokok tumbuhan tak boleh ditebang. Yang boleh di bunuh adalah mereka yang menentang dan yang menyerang sahaja.

Prinsip ini juga diamalkan semasa penaklukan Mekah. Mereka yang berada di dalam rumah selamat tidak diserang. Yang diserang hanyalah yang melawan dan yang hendak membunuh orang Islam. Kesannya penduduk Mekah tinggal dalam rumah masing-masing dan tidak ada yang menentang dan dengan itu Kota Mekah diambil alih oleh orang Islam dengan mudahnya. Akibat dari itu juga berduyun-duyunlah orang Mekah memeluk agama Islam.


Sunday, April 5, 2009

TASKIRAH BUKIT A 090403

TAKDIR ALLAH


Takdir Allah terbahagi kepada dua jenis yaitu jenis yang tidak boleh berubah dan jenis yang boleh berubah bergantung kepada keadaan.

Takdir Allah boleh berubah jika manusia berusaha mengubahnya dan manusia berdoa kepada Allah. Apabila kita berusa dengan tekunnya InshaAllah kita akan berjaya walaupun pada mulanya takdir kita ialah kegagalan. Ini adalah dengan izin Allah. Manusia hanya berusaha.

Berdoa juga boleh mengubahkan takdir Allah kerana apabila kita berdoa Allah akan makbulkan doa kita dengan tiga cara yaitu, ditunaikan doa kita sekarang, atau digantikan permintaan kita kepada sesuatu yang lebih bagus, atau disimpankan permintaan kita untuk ditunaikan di masa hadapan atau di akhirat nanti.

Disamping berdoa kita perlulah berusaha untuk mencapaikan sesuatu. Allah tidak akan merubahkan nasib sesaorang tanpa usaha orang tersebut.