Friday, October 31, 2008

Sunday, October 26, 2008

TASKIRAH SUBUH AL UBUDIAH 081027

AMALAN YANG DITERIMA ALLAH

Untuk amalan kita diterima Allah perlulah kita iklas membuat amalan tersebut (dibuat kerana Allah) dan kita menggunakan ilmu ketika beramal. Amalan tanpa ilmu tidak akan diterima oleh Allah.

Untuk mendapatkan keiklasan ketika menjalankan ibadah kita perlu ada ilmu.

Terdapat satu kesah di zaman Ibrahim Idham dimana seorang telah memasuki masjid ketika Ibrahim Idham sedang menyampaikan kuliahnya. Orang tersebut telah memberi salam kepada kumpulan Ibrahim Idham dengan nyaringnya. Ibrahim tidak menjawab salam tersebut. Orang tersebut kemudian sembahyang dan anak murid Ibrahim kagum melihatnya. Tapi Ibrahim tidak menindahkannya dan kemudian apabila ditanya telah berkata orang itu tidak iklas dan tidak mempunyai ilmu. Ibadahnya sis-sia sahaja.

Untuk mendapatkan iklas kita perlu berkawan dengan orang yang iklas. Orang yang iklas akan menegur kita jika kita tersilap atau tersalah. Kita akan dibetulkan.

Jika kita lupa ia kan mengingatkan.

Jika kita tak tahu sesuatu ilmu ia akan menjelaskannya atau jika ia tak begitu faham tentang ilmu tersebut akan sama-sama mencari jalan supaya bersama mempelajari dan tahu ilmu tersebut.

Bersahabat dengan orang yang iklas akan membawa kepada kemanisan iman, di mana menurut sabda Nabi Muhammad SAW (maksudnya) kemanisan iman boleh diperolihi jika kita dapat sahabat yang bersahabat kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

Iklas juga dapat dipupuk dengan banyak membaca dan mengetahui sirah atau sejarah orang yang iklas. Banyak pelajaran yang dapat diteladani dari sejarah nabi-nabi terutamanya Nabi Muhammad SAW, sejarah hidup sahabatnya dan sejarah alim ulama.

Lawanlah nafsu untuk mendatangkan iklas. Pengaruh alam sekitar banyak yang merosakkan iman. Lawanlah pengaruh negatif ini.

Segalanya datang dari nafsu manusia. Jika nafsu dapat ditundukkan maka keiklasan akan menjelma menjadi kukuh.

Doa kepada Allah alalah suatu lagi iktiar untuk mendapatkan keiklasan. Dengan berdoa Allah akan memberi pertolongan. Doa adalah satu usaha yang sangat baik. Disamping mendapat pertolongan Allah kita meransang diri sendiri untuk mendapatkan apa yang kita doakan. Yaitu kita akan BERUSAHA. Takkanlah kita akan hanya berdoa tanpa iktiar!

Usaha tanda kejayaan. Doa menambahkan keyakinan.













Friday, October 24, 2008

TASKIRAH RAIHAN 0810240700 - KEKAYAAN DAN TAUFIK

Kekayaan dan Taufik

Allah boleh memberi kita kekayaan dan kesenangan tanpa taufik.
Allah juga boleh tidak memberi kekayaan dan kesenangan tapi diberi taufik. Alau Allah boleh menberi kekayaan dan juga taufik. Diberi taufik bermaksud Allah memudahkan menjadi orang beriman dan selalu membuat ibadah. Banyak manusia telah diberi kekayaan dan kesenangan hidup tetapi kekayaan dan kesenangan tersebut menyenbakan ia tiada masa untuk membuat ibadah. Ini disebabkan keseluruhan masanya digunakan untuk mengurus kekayaan dan kesenangannya. Inilah orang yang rugi yang tak disedarinya. Tapi ada juga manusia yang diberi kesenangan dan kemewahan tapi ia bersyukur dan menggunakan kekayaannya untuk menjana pahada untuk dibawanya ke akhirat nanti. Inilah gulungan manusia yang beruntung dunia akhirat.


Taat dan Kufur
Ada gulungan manusia yang taat beribadat sepanjang hidupnya tetapi berubah menjadi kufur kemudiannya. Dan mereka mati sebelum dapat bertaunat. Ini juda adalah gulungan manusia yang rugi.

Ada gulungan manusia yang kufur sepabjang hidup mudanya tetapi beralih menjadi taat dan bertaubat di akhir hayatnya. Inilah gulungan manusia yang beruntung jika Allah mengampun segala dosa-dosanya sebelum mati.

Pelbagai
1. Allah memberi yang terbaik untuk kita. Ini adalah kerana Allah tahu apa yang baik dan apa yang tak baik untuk tiap sesaorang hambanya. Hasil doa kita Allah akan menyempurnakan doa tersebut dengan balasan yang terbaik pada ilmu Allah.

Doa kita disambut oleh Allah yang menyempurnakannya sama ada sekarang, atau kemudian atau digantikan dengan yang lebih baik untuk kita. Contohnya: mungkin kita minta kekayaan tapi Allah berikan kesihatan. Kita anggap bila kita kaya kita akan senang dan mewah, tapi Allah lebih mengetahui mungkin kita akan tiada masa untuk beribadat bila menjadi kaya. Dengan itu Allah memberi yang lebih baik untuk kita.

INFAKLAH HARTA KITA SEBELUM KITA MATI.




Thursday, October 23, 2008

TASKIRAH JUMAAT 0810241245


AMBILLAH DUNIA-AKHIRAT


Ada manusia yang melupakan akhirat untuk bertungkus lumus hidup mewah di dunia ini.

Ada juga manusia yang tidak mengindahkan dunia hanya beribadat untuk akhiratnya.

Menurut Nabi SAW kedua-dua di atas adalah tidak betul.
Manusia hendaklah bekerja untuk dunia dan juga bekerja untuk akhiratnya. Manusia hendaklah menjadi kaya di dunia ini dan juga kaya semasa di akhirat nanti.

Manusia hendaklah tidak menjadi pengemis atau sentiasa menunggu bantuan orang lain di dunia ini. Mereka mestilah berdikari dan selanjutnya berupaya menolong orang lain. Hapuskan konsep menerima subsidi kerana konsep ini adal ah konsep anjuran penjajah supaya mereka dapat terus menjajah minda kita.

Lihatlah betapa majunya bangsa yang sentiasa berdikari. Mereka sentiasa berada di hadapan. Lihatlah di zaman Melaka dahulu di mana bangsa kita menjadi bangsa antara bangsa dan bahasanya menjadi bahasa antara bangsa juga. Manusia dari seluruh dunia berurusan di Melaka, sehinggalah ianya dijajah.

Konsep meminta-minta bantuan dan pertolongan orang lain perlulah dihapuskan. Peminta bantuan adalah gulungan yang dihina oleh pehak yang membantu dan pehak yang dipinta membantu.

Tangan yang di atas itu (pemberi bantuan) adalah lebih mulia dari tangan yang di bawah (penerima bantuan).

Jadilah masyarakat yang kuat kukuh dengan cara hidup berdikari. Usahalah untuk kehidupan selesa/mewah di dunia dan jangan lupa untuk menyediakan tempat yang selesa/mewah di akhirat nanti.

Caranya? Kita semua pun dah tahu . . . InshaAllah.

Al Ubudiah Ampang

Sunday, October 19, 2008

TAFSIR Ayatul Kursi Raihan 0810200630

Pengajian Raihan 081020

Apabila kita membaca Ayatul Kursi sebelum tidor malam Allah akan selamatkan kita dan jiran kita dari mala petaka. Membaca Ayatul Kursi juga akan menghalang syaitan menggoda kita selama 30 hari.

Membaca surah Al Bakarah tatkalan mula berpindah rumah akan menyelamatkan rumah tersebut dari gangguan.

ss

Saturday, October 18, 2008

CIRI ORANG BERIMAN

Ciri orang beriman:
1. Gementar takut apabila di sebut nama Allah
2. Bila dibaca ayat Allah bertambahlah imannya
3. Sentiasa mengerjakan sembahyang
4. Membelanjakan rezeki ke jalan Allah
5. Tawakkal sentiasa kepada Allah

1. Manusia yang taat dan takut kepada Allah akan sentiasa menurut perintahNya dan meninggal segala laranganNya. Apabila terdengar azan untuk sembahyang akan meninggalkan apa kerja yang dibuatnya untuk pergi sembahyang, terbaiknya sembahyang jumaah. Kepadanya urusan Allah adalah lebih penting dari urusan dunianya.

2. Maksud ayat Allah terbagi dua ia itu tanda-tanda kebesaran Allah yang kita nampak di dunia ini termasuk kejadian manusia dan makluknya. Maksud kedua ialah ayat Al Quran yang diturunkan untuk manusia.

Orang yang beriman akan bertambah imannya apabila membaca/mendengar/melihat ayat Allah ini.

3. Orang yang beriman sentiasa mengerjakan sembahyang awal dan sembahyang berjumaah. Sembahyang sunat dan sembahyang malam juga dikerjakannya.

4. Orang yang beriman sentiasa akan membelanjakan rezekinya kejalan yang disukai Allah. Rezeki sebegini adalah harta terkumpul di akhirat nanti menunggu tuannya.

5. Sentiasa bertawakkal kepada Allah adalah sifat orang beriman yang kelima. Mereka berusaha sesungguhnya sebelum bertawakkal kepada Allah.

Manusia yang beriman ditingkatkan darjatnya oleh Allah. Juga dosanya akan diampun Allah dan rezekinya akan diberkatiNya.

Berusahalah untuk menjadi manusia yang beriman kerana hanya orang yang beriman akan memasuki syurga Allah.


Tuesday, October 14, 2008

Laman Berkaitan:

http://madrasatulhudateratai.blogspot.com/
http://ubudiahampang.blogspot.com/
http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?nType=1&nSeg=0&l=mal&nSora=25&nAya=67&t=mal


Artikel:


HIDAYATUS SALIKIN BAB 3

HIDAYATUS SALIKIN - BAB KETIGA

HIDAYATUS SALIKIN
SYEIKH ABDUS SHAMAD AL-FALIMBANI
TERJEMAHAN DARIPADA HJ. WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH



BAB KETIGA
PADA MENYATAKAN MENJAUHKAN SEGALA MAKSIAT YANG ZAHIR

Kata Imam al-Ghazali Rahimahullah Ta’ala yang bermaksud:

“ Ketahuilah olehmu, bahawasanya agama itu 2 bahagian:
Pertama : Meninggalkan maksiat yang ditegah.
Kedua : Berbuat taat yang disuruhkan akan dia.

Dan meninggalkan akan segala yang ditegah itu sangat susah. Maka berbuat taat itu kuasa atasnya oleh tiap-tiap seorang. Dan meninggalkan syahwat itu melazimkan akan maksiat itu tiada kuasa atasnya melainkan Shadiqun. Dan dari karena inilah sabda Nabi S.A.W, “ Bermula orang yang muhajir itu (ialah) seorang yang meninggalkan akan kejahatan dan orang yang perang sabil itu, iaitu orang yang memerangkan hawa nafsunya”

Dan lagi kata Imam al-Ghazali Rahimahullah Ta’ala yang ertinya:

“ Ketahuilah olehmu, bahawasanya engkau hanya [se]sungguhnya berbuat maksiat akan Allah ‘Azza wa Jalla dengan segala anggotamu. Dan hanya [se]sungguhnya anggotamu it nikmat daripada Allah Ta’ala atasmu, dan petaruhan padamu. Maka jika engkau perbuat akan maksiat dengan suatu daripada anggotamu itu maka seolah-olah engkau minta tolong dengan nikmat Allah Taala atas berbuat maksiat. Maka yang demikian itu sehingga-hingga kufur bagi nikmat Allah Taala, yakni menyalahi akan yang dijadikan [oleh] Allah Ta’ala dengan dia. Kerana segala anggotamu itu dijadikan akan dia kerana berbuat taat kepada Allah Ta’ala. Maka tatkala engkau berbuat maksiat dengan dia maka yang demiakian itu menyalahi akan yang dijadikan dengan dia. Inilah makna kufur di sini, iaitu dinamakan dengan kufur nikmat . Dan bukan makna kufur di sini makna kufur agama. Dan lagi segala anggotamu itu petaruhan daripada Allah Ta’ala kepadamu. Maka jika engkau berbuat maksiat dengan dia nescaya engkau khianat. Dan khianatmu pada petaruhan yang menaruh akan dia oleh Allah Ta’ala padamu itu, iaitu sehingga-hingga maksiat. Maka segala anggotamu itu seperti rakyatmu, maka titik olehmu betapa engkau memeliharakan akan dia. Maka sekalian kamu itu punya peliharaan, dan tiap-tiap kamu ditanya pada hari kiamat akan suatu yang kamu pelihara itu”.

Maka jikalau tiada engkau peliharakan segala anggotamu itu daripada segala maksiat nescaya ditanya oleh Allah Ta’ala akan kamu pada hari kiamat. Maka tatkala itu tiada dapat lagi engkau berdusta dan tiada dapat engkau sembunyikan melainkan nyata akan perbuatanmu itu. Kerana segala anggotamu itu pada ketika hari kiamat itu naik saksi atas perbuatanmu itu dengan perkataan yang nyata lagi fasih dan jikalau lidahmu tiada bertutur sekali pun. Seperti firman Allah Ta’ala dalam surah an-Nur ayat 24 yang bermaksud:

“ Pada hari yang naik saksi atas mereka itu segala lidah mereka itu, dan segala tangan mereka itu, dan segala kaki mereka itu dengan segala maksiat yang ada diperbuat oleh mereka itu akan dia, iaitu pada hari kiamat”.

Oleh itu engkau peliharakan segala badanmu, istimewa pula segala anggotamu yang tujuh daripada segala maksiat yang [di] tegahkan akan dia oleh Allah Ta’ala iaitu:
Memelihara mata
Memelihara Telinga
MemeliharaLidah
Memelihara Perut
Memelihara Faraj
Memelihara Tangan
Memelihara Kaki

Secara ringkasnya, hendaklah pelihara matamu itu daripada empat perkara iaitu:
Pelihara daripada melihat segala yang diharamkan
Pelihara matamu daripada melihat muda belia yang baik rupanya dengan syahwat.
Pelihara matamu daripada melihat kepada orang yang Muslim dengan menghinakan akan dia.
Engkau peliharakan daripada melihat dengan dia kepada segala aib.

Telinga, dijadikan bagimu supaya mendengar kalam Allah iaitu Al-Quran, hadis Nabi dan mendengar akan hikmah Auliya’ Allah. Maka hendaklah pelihara telingamu daripada lima perkara iaitu mendengar segala yang bid’ah yang dicela, mengumpat, perkataan yang keji, perkara yang bathil, dan pelihara mendengar daripada orang yang mengata akan kejahatan manusia.

Lidah, dengan kurniaan lidah maka perlu memperbanyakkan zikrullah dan membaca Al-Quran. Maka peliharalah lidahmu daripada perkara seperti berdusta iaitu dengan bersenda-senda atau bersungguh-sungguh, peliharalah lidahmu daripada menyalahi janji, mengumpat-umpat akan orang – dan kata imam al-Ghazali Rahimahullah Ta’ala:
“ Maka mengumpat itu terlebih sangat jahat daripada tiga puluh zina di dalam Islam, demikian sudah warid di dalam hais Rasulullah S.A.W”.
Mengumpat juga dibolehkan mengikut syara’ iaitu pada enam tempat (rujuk kitab)

Sambungan yang keempat, peliharalah lidahmu daripada mira’ yakni mencela perkataan orang dengan membantahi akan dia dan membenarkan akan dirinya. Dan jidal yakni berbantah pada masalah ilmu dengan mendirikan dalil kerana hendak mengaibkan akan orang. Dan munaqasyah fil kalam, yakni membantah akan perkataan orang dan menjahilkan baginya, dan mencela bagi perkatan orang, dan memuji bagi dirinya. Kemudian peliharalah lidahmu daripada menyucikan akan dirimu dan memuji akan dia, pelihara lidahmu daripada melaknat akan sesuatu daripada makhluk Allah dan daripada memaki akan sesuatuyang dijadikan oleh Allah, peliharalah lidahmu daripada mendoakan atas seseorang daripada makhluk Allah Ta’ala dengan doa kejahatan, walaupun engkau dizalimi pun jangan mendoakan mereka dengan kejahatan. Dan terakhir, peliharalah lidahmu daripada al-mizah (bergurau-gurau), sakhriyah ( bersenda-senda), dan istihza’ bin nas (menghinakan akan manusia dengan dia dipermainkan-mainnya akan dia).

Perut, maka hendaklah engkau peliharakan akan dia daripada memakan yang haram, dan yang syubhat. Maka hendaklah engkau menuntut atau memakan makanan yang halal.

Faraj, adapun faraj itu hendaklah peliharakan akan dia daripada tiap-tiap yang diharamkan akan dia oleh Allah Taala. Dan jadikan dirimu itu seperti yang dikatakan oleh Allah Ta’ala di dalam Al-Quran, surah al-Mu’minun ayat 5 yang bermaksud:

“ Dan mereka yang memeliharakan akan faraj mereka itu melainkan atas isteri mereka itu atau gundik mereka itu, maka bahawasanya mereka itu tida cacat celanya oleh syara’ “

Tangan, adapun kedua tangan itu maka hendaklah engkau memeliharanya daripada memukul akan orang Islam dan daripada mengambil harta yang haram. Dan peliharalah kedua tangan itu daripada menyakiti makhluk Allah Ta’ala atau engkau khianat dengan keduanya itu pada amanah orang atau kepada pertaruhan orang.

Kaki, Adapun kedua kaki itu hendak kamu memeliharanya daripada berjalan ke tempat yang diharamkan oleh syariat, atau berjalan kepada orang yang zalim atau raja yang zalim.

Wallahu’alam...