Sunday, November 9, 2008

SURAH ANNISA

Ibu Maryam bernazar untuk menjadikan anak dalam kandungannya untuk menjadi seorang Siak di Masjid. Tetapi apabila dilahirkan, anaknya adalah seorang perempuan yang dinamakannya Maryam.

Nazarnya untuk menjadikan anaknya seorang Siak diteruskan dan Maryam beliau letakkan di Masjid di bawak jagaan Nabi Zakaria.

Yang anihnya apabila Nabi Zakaria menghantar makanan untuk Maryam, makanan sudah sedia ada di hadapan Maryam, disediakan oleh Allah.

Yang anih lagi malaikat telah datang kepada Maryam mengatakan yang Maryam akan mengandung dan kemudiannya ia sebenarnya mengandung dan melahir anaknya, Isa ibni Maryam tanpa bapa.

Ketika nak melahirhan Isa, Maryam telah pergi ke hujung kampung. Isa diahirkan di tepi anak sungai dan pohon kurma. Untuk mendapatkan tenaga, Maryam disarankan Allah untuk menggoncang pokok kurma tersebut dan gugurlah buah kurma untuk dimakannya. Untuk minuman air tersedia di sumur (sungai). [Melambangkan supaya manusia berusaha untuk mendapatkan sesuatu]

Apabila kembali ke kampungnya, Maryam telah dicerca masyarakat. Bila ditanya berbagai soalan Maryam tidak menjawab menyatakan ia berpuasa (tak cakap) dan dengan bahasa isyarat menyuruh mereka bertanya anaknya, Isa. Isa yang masih kecil dan sepatutnya belum boleh bercakap itu menjawab sambil menyatakan juga ia akan menjadi nabi. [Nabi Isa adalah diantara sepuluh bayi yang boleh bercakap semasa sangat kecil lagi]

Isa kemudiannya menjadi nabi membawa syariat Nabi Musa yang dikemaskinikan. Ramai orang tak suka kepada ajarannya yang menyekat mereka berbuat perkara yang dilarang Allah.

Akhirnya mereka berpakat dengan orang Roman untuk membunuh Nabi Isa. Oleh kerana orang Roman tak kenal sangat Nabi Isa, mereka menyarankan supaya orang Roman membunuh orang yang dipeluk mereka pada malam yang dirancangkan pembunuhan tersebut.

Pada malam tersebut sebelum mereka sempat menangkap Nabi Isa, Allah telah menghilangkannya dari pandangan orang Roman dan yang ditangkap dan disalib mereka adalah orang lain, dikatakan Gudas, sahabat Nabi Isa yang telah belot.

Nabi Isa telah diangkat Allah ke sisinya dan akan kembali kedunia kebelum kiamat nanti.


No comments: