1. Umat Islam diminta sentiasa mengkali Al Quran dan Hadis. Tak kira tempat dan masa. Dari buaian hingga ke liang lahat. Inilah prinsip Islam yang mementingkan ilmu dan sumber asal ilmu adalah dari Al Quran dan Hadis. Sumber lain adalah sumber kedua. Ilmu datang dari Allah dan Dialah yang memasukkan ilmu unuk manusia di dalam Al Quran dan hadis (melalui perkataan, perbuatan dan tingkah laku Nabi Muhammad SAW) Dengan adanya ilmu yang bertambah sepanjang masa hidup orang Islam akan selamat dunia dan akhirat.
2. Generasi baru akan membawa sikap baru yang berlainan dengan sikap generasi sebelumnya. Ini bergantung kepada keadaan semasa generasi yang baru itu. Jika keadaan sekitarnya tidak berubah banyak maka gerasi baru akan tudak banyak berubah perangai dan mentiliti mereka.
Ini dapat dilihat pada generasi Nabi Musa yang dibawa oleh Nabi Musa ke Sinai selepas lari dari Firaun. Generasi yang lari bersama Nabi Musa tidak bebas dan tidak merdeka. Mereka menjadi buruh paksa Firaun, Tapi lebih suka zaman Firaun berbanding dengan zaman merdeka di Sinai. Di zaman Firaun walaupun mereka menjadi buruh paksa mereka ada makanan. Di Sinai kena cari dan usaha sendiri mendapatkan makanan walaupun ada Manna dan Salwa.
Kaum yang tidak merdeka tak rasi untuk hidup merdeka. Hanya generasi yang mendatang selepas itu yang rasi kerana pengaruh alam keliling yang baru.
Semasa dengan Firaun mereka tak ada suara. Bila dibebaskan oleh Nabi Musa baharulah mereka boleh bersuara. Tapi mereka tak pandai gunakan hak bersuara. Macam-macam yang mereka minta. Macam-macan yang mereka buat. Sehingga perintah Nabi Musa yang diwahyukan Allah pun mereka tak ikut akibat kebebasan ini. Dulu di bawah Firaun jadi pak turut sahaja kerana tiada suara dan tidak bebas.
Kaum Musa ketika di Sinai banyak tidak ikut perentah tuhan. Disuruh masuk negeri tersebut mereka enggan. Diperentah jangan bekerja pada hari Sabtu mereka tak patuh. Di larang menyembah patung lembu mereka tak turut. Kemudian minta melihat tuhan pula.

No comments:
Post a Comment