Friday, March 20, 2009

TASKIRAH BUKIT A 090321


NASIHAT


Orang beriman adalah besaudara. Jika mereka berbalah hendaklah didamaikan.

Seorang Muslim jika bertemu dengan Muslim yang lain perlulah dia memberi salam. Yang mendengar salam tersebut pula wajib menjawabnya. Jika dalam kumpulan memadai jika ada ahli kumpulan itu menjawabnya i.i. tak wajib semua dalam kumpulan itu menjawab salam tersebut.

Adab memberi salam ialah yang berkereta memberi salam pada yang berjalan kaki, yang berjalan pada yang duduk, yang baru sampai ke yang sedia berada di situ dan sebagainya.

Hanya jemputan seorang Muslim yang berfaedah dan tak melanggar ajaran dan kehendak Islam yang perlu kita tunaikan. Jemputan yang contohnya, menggunakan wang haram tak wajib ditunaikan. Juga jemputan yang ada unsur bershubahat.

Jika diminta nasihat hendaklah memberi nasihat secara iklas dan bertujuan baik. Jika tidak berkelayakan memberi nasihat sarankan kepadanya supaya meminta nasihat dari yang lebih arif. Berilah jalan untuknya mendapat nasihat.

Jantung seorang itu akan berhenti sebentar apabila ia bersin. Untuk menunjukkan syukur kepada Allah pujilah Dia selepas kita atau orang lain bersin. Bersin juga membuang penyakit. Nyatakanlah "semoga Allah beri petunjuk kepada kita".

Hendaklah jangan menyusahkan sahabat kita yang sakit. atau keluarganya. Memadailah dengan kita berjumpa dengannya dan mengucapkan perkataan yang baik dan yang memberi peransang padanya. Yang penting kita hendaklah membuat dia merasa selesa, seronok dan bersemagat. Kecualilah jika dia meminta kita bersamanya lebih lama.

Nasihat:
Nasihat hendaklah untuk kebaikan. Dan penasihat hendaklah iklas memberi nasihat. Segala tuntutan peribadi hendklah dihindarkan.

Mesyuarat, perbincangan, sura, brain storm, taskirah dan apa lagi percakapan secara kumpulah adalah nasihat. Yang baik dan berguna adalah nasihat yang positif, manakala yang tak baik dan berniat jahat atau menyelewing adalah nasihat yang negatif.

Yang positif akan berolehkan pahala, InshaAllah. Dan yang negative tentulah mendapat dosa jika tak sempat bertaubat.


Wassalam . . . .


1 comment:

Sabaleplus said...

terrible eso eh ?
http://www.sabaleplus.blogspot.com/