Wednesday, March 3, 2010

BUTA HATI

Hati manusia boleh melihat dan apa yang dilihat oleh mata hati adalah lebih meluas lagi mendalam dari apa yang dilihat oleh mata fisikal kita.

Tetapi ramai manusia yang buta hati kerana mereka tidak mementingkan apa yang disenaraikan di rajah sebelah ini.

Mereka tahu dan kenal tetapi mereka tak cinta.

Akibatnya mereka akan merana, hidup tanpa panduan dan tujuan di dunia dan sengsara nanti di akhirat.

Renungkanlah kata-kata Ibraham Idham tersebut.

_____________________



Ibrahim Idham adalah anak seorang pembesar dan kaya. Beliau tak pernah membuat apa-apa kerja di rumah istananya kerana segalanya dilakukan oleh pembantu-pembantunya kerana keluarganya orang berada.


Pada suatu hari salah seorang pengemas biliknya telah datang mengemaskan biliknya dan oleh kerana kepenatan tertidor di atas katilnya.

Apabila dilihat oleh Ibrahim Ibham pekerja tersebut tidor di atas katilnya dia menjadi tersangat marah dan merotan pekerja tersebut.

Akan tetapi pekerja tersebut bijak dan tidak merasa terkejut atau melawan atau keciwa. Mulutnya mengeluarkan ucapan saperti berikut:

"Saya tertidur beberapa minit atas katil ini dan dikenakan rotan.
Tetapi tuan yang selalu tidor di atasnya agaknya
berapa banyak lagi tuan akan kena rotan."


Percakapan ini telah menyedarkan dan menginsafkan Ibrahim Idham atas keadaan dirinya dan beliau kemudiannya bertekat meninggalkan kemewahan hidupnya dan pergi mengembara. Akhirnya beliau belajar ilmu agama dan telah menjadi ahli tasawuf terkenal.

Segalanya boleh berubah dengan sekelip mata sahaja, dengan kehendak dan izin Allah. Yang terbaiknya ialah perubahan ke arah dan keadaan yang lebih baik di sisi Allah, bukan perubahan yang merosakkan kita.

Kerana yakinnya terhadap Allah dan RahmatNya beliau telah pergi ke Mekah seorang diri tanpa apa-apa bekalan (sehelai sepinggang). Namun beliau selamat sampai ke Mekah walau pun pernah diganggu oleh syaitan yang cuba memesongkan akidahnya bergantung hanya kepada Allah.


No comments: