Wednesday, March 11, 2009

TASKIRAH TERATAI 090311

WANITA TAAT LAYAK KE SYURGA

Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan kepada anaknya Fatimah yang Fatimah adalah wanita yang mula-mula akan masuk ke syurga nanti.


Di ketika yang lain pula Nabi Muhammad SAW telah menyatakan kepada Fatimah yang ada seorang wanita lain yang akan masuk ke syurga lebih awal dari Fatimah anaknya. Dan jika Fatimah nak kenal tahu wanita tersebut bolehlah ia pergi ke hujung satu kampung untuk menemuinya.

Fatimah ingin tahu siapa yang dimaksudkan oleh Rasulallah dan telah pergi menemui wanita tersebut.

Apabila bertemu dengan wanita tersebut dan memperkenalkan dirinya Fatimah menyatakan hasratnya kepada wanita tersebut untuk berkenalan dan mengetahui lebih lanjut tentang keadaanya. Wanita tersebut berkebaratan untuk menjemput Fatimah naik ke rumahnya kerana menurutnya dia mestilah mendapat persetujuan suaminya untuk membenarkan Fatimah masuk ke rumahnya. Tatkala itu suaminya tidak ada di rumah. Fatimah telah disarankan oleh wanita tersebut untuk datang keesokannya.

Pada esok harinya Fatimah pergi semula ke rumah wanita tersebut dengan anaknya. Sekali lagi wanita tersebut berkeberatan untuk menjemput Fatimah masuk ke rumahnya kerana suaminya hanya memberi kebenaran untuk hanya Fatimah masuk ke rumahnya. Tidak disebut orang lain selain dari Fatimah seorang sahaja yang dibenarkan masuk.

Pada keesokan harinya pula (hari ketiga) barulah Fatimah dapat memasuki rumah wanita tersebut dan berkenalan mesra dengannya. Sampailah ke satu ketika di mana wanita tersebut telah memasuki biliknya dan keluar dengan membawa segelas air dan rotan. Wanita tersebut pula kelihatan lebih segak dan kemas pakaiannya.

Fatimah merasa hairan dengan telatah wanita tersebut dan menanyakan kenapa wanita tersebut membawa segelas air dan rotan, dan berpakaian kemas cantik.

Jawapannya:
Wanita itu berkata bahawa yang suaminya akan pulang tak lama lagi dan beliau perlu sediakan air minuman untuk suaminya yang sudah tentu kepenatan dan dahaga.

Rotan disediakan supaya ianya boleh digunakan oleh suaminya untuk merotannya jika suaminya tak puas hati atau tak selesa dengannya.

Dan dia berpakaian kemas cantik dan berwangian kerana hendak melayan suaminya nanti apabila suaminya pulang.

Barulah Fatimah faham maksud ayahandanya bahawa wanita tersebut akan masuk syurga mendahulunya. Dalam hatinya Fatimah menyatakan bahawa ia sendiri tidak boleh membuat apa yang dibuat oleh wanita tersebut. Memang layaklah wanita tersebut memasuki syurga lebih dahulu daripadanya.

UMB.0903112030


Tuesday, March 10, 2009

SEKADAR RENONGAN


GENDER BIASED

Pehak Gender Biased (yang menuntut hak samarata lelaki-wanita) ingin menuntut hak yang sama untuk wanita. Mereka dah "dapat" sambutan untuk wanita menjadi iman sembahyang di Gereja Amerika Syarikat, nak sembahyang di masjid belum boleh kerana tidak dibenarkan (lagi?).

Mungkin akan datang mereka akan menyunting ayat Al Quran supaya wanita diberi hak sama rata dalam Al Quran . Contoh: ayat Al Fatihah akan diubah oleh mereka untuk mengambarkan nama wanita. "Ar Rahmah nir Rahimah" manggantikan Ar Rahman nir Rahim. Ayat pertama surah Fatihah akan disebut mereka sebagai "Milah hir Rahmah nir Rahimah". (Perkataan "Bis" dibuangnya). Mungkinkah ini akan berlaku?.


Semasa mereka berdiri tegah selepas ruku' mereka sebut nama "Hamidah". Ini dah OK bagi mereka kerana di sebut "SamiAllah huliman HAMIDAH" ada nama wanita di situ.

Dan semasa tahyat mereka nak tukar perkataan "Majid" menjadi "Majidah". Bacaan mereka akan menjadi "Innakahamidul MAJIDAH".

Berjayakah mereka?

Minta kita dilindungi oleh Allah dari malapetaka sebegini.

Inilah akibat orang tak tahu menganggap mereka lebih tahu. Lebih tahu dari Ulamak dan Mufti kerana gulungan ini dah berani melawan kata-kata ulama/mufti.

Malangnya kumpulan ini ada pengaruh juga di Malaysia. Baru-baru ini tersebar berita yang mereka telah menjemput Aminah Wadud? (imam wanita tersebut) menghadiri seminar mereka di sini.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . . . . . . . . . . . . . . .

Monday, March 9, 2009

TASKIRAH RAIHAN 090309


Manusia asalnya adalah satu bermula dari Adam dan Hawa. Mereka beranak pinak dan kemudiannya tinggal tersebar di seluruh perusuk dunia ini.

Maka timbullah puak dan bangsa dengan kebudayaan dan bahasa yang berbeza-beza. Bagi menyatukan manusia kepada agama tauhid yang satu Allah mengutuskan nabi dan rasul untuk kaum dan puak yang berbeza ini.

Perbezaan timbul dari budaya dan alam keliling yang berbeza. Ketika dilahirkan manusia menangis dengan nada yang sama, memerlukan dan kegiatan asas mereka yang sama (makan, kencing, minum, berak, dsbnya dengan cara yang sama). Mereka menangis ketika lapar atau dahaga atau bila merasa tidak selesa. Dan tersengeh bila merasa selesa.

Ibubapa dan penjaganyalah membuat mereka berbeza dan membezakan mereka. Alam keliling merekalah yang akan menjadikan mereka baik atau jahat, bijak atau tidak bijak, hidup berdikari atau penunggu subsidi, dengan kehendak dan kebenaran Allah.

Dan hanya agama Allahlah yang akan menyatukan mereka sekali lagi.


Thursday, March 5, 2009

TASKIRAH BUKIT A



TASKIRAH BUKIT A - JANGAN PUTUS ASA BERTAUBAT

Janganlah kita berputus asa dari keampunan Allah. Allah sentiasa mengampunkan dosa manusia selagi manusia tersebut meminta ampun dan bertaubat tidak mengulangi dosa yang sama. Pintu keampunan Allah akan hanya tertutup apabila nyawa kita hampir keluar dari badan dan bila kiamat menjelmakan dirinya.

Ada manusia yang enggan bertaubat kerana takut ia akan membuat dosa lagi di masa hadapan. Ini adalah salah dan merbahaya kerana takut tak sempat nak bertaubat nanti. Adalah lebih baik terus sentiasa bertaubat dan janganlah membuat dosa.

Bertaubat adalah ibarat kita membawa kereta (contoh masa dahulu ialah kereta lembu atau kereta kuda. Sekarang boleh gunakan contoh kereta biasa). Sebagai pemandu kita berkuasa membetulkan perjalanan kereta bila kereta tersebut gelong ke kiri atau ke kanan. Kalau dibiarkan kereta akan terbabas mengundang malapetaka. Jadi sentiasalah kita pastikan kereta bergerak ke hadapan dengan baiknya menuju distinasi kita. (Distinasi hidup ialah ke Shurga Allah yang tidak bermasa. Maksudnya kekal abadi).

Jadi kita perlu bertaubat minta ampun dan terus bertaubat dan meminta ampun. Nabi Muhammad SAW minta ampin 70 hingga 100 kali sehari. Kita bagaimana? Bertaubatlah sebelum roh menghilang dari badan.

Di antara kita dan taubat terdapat SYAITAN yang berusaha menegahkan kita untuk bertaubat. Syaitan inilah yang membuat kita lalai, ralid dan malas berbuat yang baik tapi suka seronok kepada yang mungkar. Sebab? Supaya dapat menjadi gangnya nantiiiiiii.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Buatlah apa yang Nabi dan Allah suka. Ini bukan rasuah. Bila nabi dan Allah suka kepada tabiat dan perangai kita mudahlah Mereka nanti menolong kita, terutamanya apabila sampai masanya apabila tiada makluk lagi yang dapat berupaya menolong kita, sama ada di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat nanti.

Untuk dikasihi oleh Nabi dan oleh Allah kenalah kita kasihkan mereka. Untuk kasihkan mereka kita perlu menurut apa yang disarankan dan perlu meninggaklan apa yang dilarang.

Janganlah kita kata kita sayangkan Nabi tapi tak ikut ajarannya. Janganlah kita bersemangat menyambut ulangtahun kelahiran nabi tapi kita tak sembahyang atau curi sembahyang, atau tak tutup aurat, tak berperibadikan peribadi nabi dan sebagainya. Kita perlu buat dan pamirkan apa yang nabi suka, dan dibuat secara iklas.

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .


Tawakkal:

1. Tawakkal burung - Tak fikirkan dunia ini dan rezeki mendatang. Pagi-pagi keluar rumah sarang cari rezeki. Bila balik rumah dah kenyamg. Besuk cari lagi rezeki Allah.

2, Tawakkal Kanak-kanak. Bergantung dan tawakkal kepada ibubapanya atau penjaganya. Tak dapat ia akan menangis. Bila dapat dia akan gelak ketawa. Tak mahu dan takut bergantung kepada orang lain.

3. Tawakkal orang mati - Tak risau langsung. Tak fikir tentang mandi, pakaian, kenderaan dan sebagainya kerana dia mandikan orang lain, diberi pakaian oleh orang lain, dihantar ke kubur dengan kenderaan tajaan orang lain.

Anda bagaimana? - 1), 2), atau 3)?


TAHU ??? TAPI MASIH BUAT

TAHU ??? TAPI MASIH TAK BUAT






Kesah nabi-nabi dahulu dibentangkan untuk menjadi pengajaran kepada manusia.







..

Tuesday, February 10, 2009