Wednesday, March 11, 2009

TASKIRAH TERATAI 090311

WANITA TAAT LAYAK KE SYURGA

Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan kepada anaknya Fatimah yang Fatimah adalah wanita yang mula-mula akan masuk ke syurga nanti.


Di ketika yang lain pula Nabi Muhammad SAW telah menyatakan kepada Fatimah yang ada seorang wanita lain yang akan masuk ke syurga lebih awal dari Fatimah anaknya. Dan jika Fatimah nak kenal tahu wanita tersebut bolehlah ia pergi ke hujung satu kampung untuk menemuinya.

Fatimah ingin tahu siapa yang dimaksudkan oleh Rasulallah dan telah pergi menemui wanita tersebut.

Apabila bertemu dengan wanita tersebut dan memperkenalkan dirinya Fatimah menyatakan hasratnya kepada wanita tersebut untuk berkenalan dan mengetahui lebih lanjut tentang keadaanya. Wanita tersebut berkebaratan untuk menjemput Fatimah naik ke rumahnya kerana menurutnya dia mestilah mendapat persetujuan suaminya untuk membenarkan Fatimah masuk ke rumahnya. Tatkala itu suaminya tidak ada di rumah. Fatimah telah disarankan oleh wanita tersebut untuk datang keesokannya.

Pada esok harinya Fatimah pergi semula ke rumah wanita tersebut dengan anaknya. Sekali lagi wanita tersebut berkeberatan untuk menjemput Fatimah masuk ke rumahnya kerana suaminya hanya memberi kebenaran untuk hanya Fatimah masuk ke rumahnya. Tidak disebut orang lain selain dari Fatimah seorang sahaja yang dibenarkan masuk.

Pada keesokan harinya pula (hari ketiga) barulah Fatimah dapat memasuki rumah wanita tersebut dan berkenalan mesra dengannya. Sampailah ke satu ketika di mana wanita tersebut telah memasuki biliknya dan keluar dengan membawa segelas air dan rotan. Wanita tersebut pula kelihatan lebih segak dan kemas pakaiannya.

Fatimah merasa hairan dengan telatah wanita tersebut dan menanyakan kenapa wanita tersebut membawa segelas air dan rotan, dan berpakaian kemas cantik.

Jawapannya:
Wanita itu berkata bahawa yang suaminya akan pulang tak lama lagi dan beliau perlu sediakan air minuman untuk suaminya yang sudah tentu kepenatan dan dahaga.

Rotan disediakan supaya ianya boleh digunakan oleh suaminya untuk merotannya jika suaminya tak puas hati atau tak selesa dengannya.

Dan dia berpakaian kemas cantik dan berwangian kerana hendak melayan suaminya nanti apabila suaminya pulang.

Barulah Fatimah faham maksud ayahandanya bahawa wanita tersebut akan masuk syurga mendahulunya. Dalam hatinya Fatimah menyatakan bahawa ia sendiri tidak boleh membuat apa yang dibuat oleh wanita tersebut. Memang layaklah wanita tersebut memasuki syurga lebih dahulu daripadanya.

UMB.0903112030


No comments: