Sunday, April 5, 2009

TASKIRAH BUKIT A 090403

TAKDIR ALLAH


Takdir Allah terbahagi kepada dua jenis yaitu jenis yang tidak boleh berubah dan jenis yang boleh berubah bergantung kepada keadaan.

Takdir Allah boleh berubah jika manusia berusaha mengubahnya dan manusia berdoa kepada Allah. Apabila kita berusa dengan tekunnya InshaAllah kita akan berjaya walaupun pada mulanya takdir kita ialah kegagalan. Ini adalah dengan izin Allah. Manusia hanya berusaha.

Berdoa juga boleh mengubahkan takdir Allah kerana apabila kita berdoa Allah akan makbulkan doa kita dengan tiga cara yaitu, ditunaikan doa kita sekarang, atau digantikan permintaan kita kepada sesuatu yang lebih bagus, atau disimpankan permintaan kita untuk ditunaikan di masa hadapan atau di akhirat nanti.

Disamping berdoa kita perlulah berusaha untuk mencapaikan sesuatu. Allah tidak akan merubahkan nasib sesaorang tanpa usaha orang tersebut.

Thursday, March 26, 2009

TASKIRAH BUKIT A - KEMATIAN

KEMATIAN

Al Quran menyatakan bahawa setiap yang bernyawa itu akan mati. Selanjutnya, masa tak menunggu mati, bila sampai masanya ianya tidak akan dilewatkan atau tidak dicepatkan.

Nabi Muhammad saw pula menyatakan maksudnya, Insan yang mengakhiri hayatnya dengan menyucapkan "Laillahailllallah" (= tiada tuhan melainkan Allah) akan di masukkan oleh Allah ke syurgaNya. Nabi juga bersabda maksudnya, ingatlah mati kerana mati akan datang secara mendadak.

Jadi perlulah kita sentiasa mengingati mati dan bersedia untuk mati. Dan perlulah kita mati hanya dalam Islam.

Jika kita sentiasa berada dalam Islam semasa hidup kita inshaAllah kita akan mati dalam Islam. Untuk berada dalam Islam kita pula perlu bertakwa kepada Allah, mengikuti segala suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya.

Untuk bertakwa pada Allah kita mestilah tahu apakah kehendak Allah dan apakah laranganNya. Dan untuk itu kita perlulah belajar terutamanya melalui Al Quran dan sunnah Nabi Muhammad saw sebaiknya melalui guru yang berkelayakan dan berpengalaman.

Oleh kerana kita telah lama dijajah oleh orang kafir maka kebanyakan cara hidup kita sekarang ini masih menggunakan kaedah orang kafir. Ini termasuklah sistem ekonomi kita, sistem pelajaran kita, sistem kewangan kita dan sebagainya. Rengkasnya semua sistem hidup kita masih berlandaskan sistem orang kafir malah (termasuklah) sistem agama kita sehingga kini. Hanya sedikit sahaja sistem agama Islam yang kita amalkan , ini adalah kerana ditentang oleh orang Islam sendiri. Misalnya, sistem Hudud telah dikuburkan! Sistem kewangan Islam diibaratkan "hidup segan mati tah mahu".

Mungkin perasaan waham, takutkan mati dan cintakan dunia itu masih kuat di hati nasubari!

Sila lihat Gambar2nya:
http://images.google.com/images?oe=UTF-8&sourceid=navclient&gfns=1&q=gambar+kematian&um=1&ie=UTF-8&ei=Gz7MSc-lCMmHkQXO0I3eCQ&sa=X&oi=image_result_group&resnum=1&ct=title

http://amirhaddatsa.blogspot.com/2009/01/gambar-kematian-palestin.html














Friday, March 20, 2009

TASKIRAH BUKIT A 090321


NASIHAT


Orang beriman adalah besaudara. Jika mereka berbalah hendaklah didamaikan.

Seorang Muslim jika bertemu dengan Muslim yang lain perlulah dia memberi salam. Yang mendengar salam tersebut pula wajib menjawabnya. Jika dalam kumpulan memadai jika ada ahli kumpulan itu menjawabnya i.i. tak wajib semua dalam kumpulan itu menjawab salam tersebut.

Adab memberi salam ialah yang berkereta memberi salam pada yang berjalan kaki, yang berjalan pada yang duduk, yang baru sampai ke yang sedia berada di situ dan sebagainya.

Hanya jemputan seorang Muslim yang berfaedah dan tak melanggar ajaran dan kehendak Islam yang perlu kita tunaikan. Jemputan yang contohnya, menggunakan wang haram tak wajib ditunaikan. Juga jemputan yang ada unsur bershubahat.

Jika diminta nasihat hendaklah memberi nasihat secara iklas dan bertujuan baik. Jika tidak berkelayakan memberi nasihat sarankan kepadanya supaya meminta nasihat dari yang lebih arif. Berilah jalan untuknya mendapat nasihat.

Jantung seorang itu akan berhenti sebentar apabila ia bersin. Untuk menunjukkan syukur kepada Allah pujilah Dia selepas kita atau orang lain bersin. Bersin juga membuang penyakit. Nyatakanlah "semoga Allah beri petunjuk kepada kita".

Hendaklah jangan menyusahkan sahabat kita yang sakit. atau keluarganya. Memadailah dengan kita berjumpa dengannya dan mengucapkan perkataan yang baik dan yang memberi peransang padanya. Yang penting kita hendaklah membuat dia merasa selesa, seronok dan bersemagat. Kecualilah jika dia meminta kita bersamanya lebih lama.

Nasihat:
Nasihat hendaklah untuk kebaikan. Dan penasihat hendaklah iklas memberi nasihat. Segala tuntutan peribadi hendklah dihindarkan.

Mesyuarat, perbincangan, sura, brain storm, taskirah dan apa lagi percakapan secara kumpulah adalah nasihat. Yang baik dan berguna adalah nasihat yang positif, manakala yang tak baik dan berniat jahat atau menyelewing adalah nasihat yang negatif.

Yang positif akan berolehkan pahala, InshaAllah. Dan yang negative tentulah mendapat dosa jika tak sempat bertaubat.


Wassalam . . . .


DUNIAKU



Thursday, March 19, 2009

TASKIRAH BUKIT A 090320


TASKIRAH SUBUH BUKIT A


Ibnu Masu'd adalah sahabat Nabi Muhammad saw yang kerdil. Apabila beliau memanjat pokok kurma dan ternampak betinnya yang kecil itu sahabat lain gelak ketawa melihat keniknya betis Ibnu Masu'd. Tetapi Rasullallah telah menyatakan kalau betis tersebut jika di banding -timbang dengan bukit Uhud akan didapati betis Ibnu Masu'd adalah lebih berat.

Ibnu Masu'dlah sahabat Nabi yang telah membunuh Abu Jahal. Kenik tapi sangat berjasa.

Beliau telah meriwayatkan hadis mengenai hasad
yang dibenarkan dalam Islam.

Yaitu, Hasad melihat orang berilmu dan berusaha untuk mengatasinya dalam ilmunya dan berlawan menyebarkan ilmu tersebut.

Dan hasad melihat orang kaya dan berusaha untuk menjadi kaya untuk bertanding dengannya membantu menyebarkan kekayaan tersebut untuk faedah orang ramai (secara otomatik akan menjadi peralatan istana dan tamannya di syurga nanti jika dibuat dengan ikhlas).





Monday, March 16, 2009

ANTI AL QURAN DAN BALASAN BAIK

Janganlah kita menjadi ejen bagi melalaikan manusia lain daripada menatap Al Quran. Sebaiknya kita hendaklah menjadi ajen yang mengalakkan manusia mendekati Al Quran. Untuk ini kita mestilah belajar dan faham isi kandungan Al Quran dan menurut segala yang disarankannya dan menghindarkan larangannya.

Jika tidak bacalah ayat Al Quran seterusnya:

"Maka, demi sesungguhnya! Kami akan merasakan orang-orang yang kafir itu azab seksa yang seberat-beratnya, dan Kami akan membalas mereka dengan seburuk-buruk balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan. [27]"

. . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . . . . . . . . . . . . . . . .


Sentiasalah memberi balasan yang baik berhemah dan yang berpandangan jauh kerana akhir kesudahanlah yang sangat penting. Perkara yang berlaku sebelum kesudahannya adalah mainan hidup sahaja dan akan dilupakan.

Manusia suka kepada yang baik. Jadi berilah yang terbaik supaya manusia akan suka. Kesukaan mereka akan membawa kebaikan kepada kita, InshaAllah. Tapi jangan lupa makluk Allah lainpun suka yang baik. Jadi buat baiklah kepada semua makluk Allah.