Saturday, December 13, 2008

TASKIRAH SUBUH 081213

TASKIRAH RAIHAN 0812130700


Kesah Nabi Muhammad


Anak Abu Jahal telah mengutuk dan memaki Nabi Muhammad sebelum pergi berdagang.


Nabi hanya berdiam diri dan apabila anak Abu Jahal tersebut (pencerita dah lupa namanya, kenalah kita cari sendiri kalau nak tahu) nabi telah berdoa kepada Allah supaya membinasakan anak Abu Jahal ini kerana bukan hanya menghina nabi tapi juga telah menghina Islam.


Apabila Abu Jahal mendengar dari anaknya yang nabi telah berdoa, Abu Jahal memberitahu rombongan anaknya supaya jangan biarkan anaknya berseorangan di perjalanan demi kesematannya. (Abu Jahal takut juga kesan doa nabi sebab ia percaya nabi boleh mendapat pertolongan Allah. i.i. ia percaya nabi tapi egonya yang membuat ia anti-nabi).


Satu ketika di perjalanan rombongan anak Abu Jahal berhenti berihat dengan anaknya di tengah-tengah kumpulan tersebut (untuk menjaga keselamatannya). Tapi seekor singa telah datang dan “mengambil” anak Abu Jahal dan memakannya. Rombongannya tak boleh buat apa-apa.


“Sentiasalah kita berusaha menambahkan pahala dan mengurang/menghapuskan dosa”



HUBUNGAN INDIVIDU-TUHAN-MASYARAKAT


A. Hubungan individu dengan Allah hendaklah sentiada baik.


Individu hendaklah sentiasa menurut kehendak dan perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Kalau individu menjaga baik hubungannya dengan Allah, maka Allah akan menjaganya pula. Dan kalau ini terjadi segalanya akan berada dalam keadaan teratur.


Penghalangnya ialah syaitan dan nafsu manusia.


Apabila hubungan individu-Allah adalah baik dan teratur maka dengan sendiri hubungan individu tersebut dengan manusia dan makluk Allah yang lainnya akan menjadi baik dan teratur.


B. ilmu. Ilmu perlu kita sentiasa ditambah melalui berbagai cara. Mencari ilmu adalah tugas manusia sepanjang hayatnya. Dari buaian ke liang lahat kita perlu menuntut ilmu. Tanpa ilmu segala amalan kita adalah sia-sia kerana Allah hanya menerima amalan yang berdasarkan ilmu. Kurang ilmu pula akan mengurangkan kemantapan amalan.


C. Kawan. Pilihlah kawan kerana kawan mempengaruhi kita.


Berkawan dengan tukang besi akan mendapat kesan percikan apinya. Berkawan dengan penjual minyak wangi akan mengharumkan badan dan pakaian kita. Berkawan baik dengan perompak? . . .


Lainlah kalau kita boleh mempengaruhinya untuk berbuat baik dan meninggalkan perangai yang membawa dosa. Ini akan mendatangkan pahala kepada kita.


Tapi kalau tak terdaya eloklah kita berkawan dengan orang yang boleh membawa kita menambahkan pahala kita dan menghapuskan dosa kita, jika ada.


D. HALAL semua. Pastikan semua makanan dan perbuatan kita adalah halal. Bekerja sendiri tidak halal jika terlibat dengan rasuah, ponteng sembahyang dan lain-lain perbuatan yang diharamkan agama.


KHADIJAH BANYAK MEMBANTU ISLAM

Khadijah isteri nabi adalah seorang usahawan kaya yang banyak berjuang untuk Islam. Beliau adalah penyokong kuat nabi dan banyak menginfakkan hartanya untuk Islam sampai habis hartanya. Di akhir hayatnya beliau berkata pada nabi supaya jika perlu gunakanlah tulang dan badannya untuk Islam jika beliau mati kelak.


Sebelum Khadijah meninggal dunia Jibril telah datang untuk menyatakan bahawa Allah kirim salam kepadanya dan telah menyediakan istana di syurga untuknya.


Nabi sangat sedih atas pemergiannya ditambah dengan kematian pamannya Abdul Mutalib yang banyak melindunginya dari serangan/temohan musrikin Mekah. Tahun itu dinamakan tahun kesedihan dan nabi telah dihiburkan dengan peristiwa Israk Mikraj dan turunnya surah Yusuf yang menceritakan tentang nabi Yusuf yang ditimpa malang sejak kecil lagi tetapi akhirnya menjadi (Member Parlimen) Mesir, Menteri Kewangan.


Hingga berjumpa lagi . . . .





No comments: