Friday, December 19, 2008

TASKIRAH BA080201


Manusia sentiasa diuji oleh Allah. Janganlah merungut kerana jika merungut ia akan mendatangkan dosa atau mungkin menjadi kufur.


Perlu kita bersyukur dengan apa yang kita ada. Kalau nak lebih lebihkanlah usaha kita dan berdoa. Burung pun kena terbang keluar sarang setiap pagi untuk mencari rezeki. Rezekinya tak datang sendiri kecuali jika burung tersebut dipelihara manusia dan diberi makan minum. Itu pun ia kena berusaha untuk memakannya. Lebih usaha makan lebihlah pulangannya. Inilah sunattullah.

Carilah kebahagian pada dirimu dan dari dirimu. Semua manusia dilahirkan tanpa apa-apa. Semuanya juga bertelanjang bulat. Bagaimana pula bila dah dewasa ada yang kaya dan ada yang miskin? Kekayaan dan kemiskinan ada yang diwarisi dan ada yang diperolihi dari usaha sendiri.

Boon Siew boleh menjadi kaya kerana beliau meminta menjadi ejen Honda (mulanya Honda Kapcai) dari syarikat Jepun yang pada mulanya ditolak tawarannya oleh Tuan Syed ??. Orang yang ditawar menolak tawaran tersebut dan orang lain pula memintanya dan dapat dan menjadi kaya raya. Kedua-duanya telanjang bulat ketika dilahirkan. Beza pada permulaan hidup mereka ialah yang Tuan Syed orang berada dan Boon Siew bukan orang berada.

dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan . (QS. 93:4) Maksudnya: ialah bahwa akhir perjuangan nabi Muhammad saw itu akan menjumpai kemenangan-kemenangan, sedang permulaannya penuh dengan kesulitan-kesulitan. Ada pula sebagian ahli tafsir yang mengartikan "akhirat" dengan "kehidupan akhirat" beserta segala kesenangannya dan "ula" dengan arti "kehidupan dunia". . . . Surah ADH-DHUHAA


Kebahagian hanyalah di akhirat. Dunia ini adalah untuk sementara sahaja.


No comments: