Monday, December 22, 2008

TASKIRAH ITTIHADIAH 0812222000


Bukan sahaja kaum jahiliah yang ada fahaman yang kurafat dan salah.

Orang Melayu di zaman dahulu banyak mengikuti adat yang sebegitu. Contohnya:

Mandi Safar membuang sial, Bersanding dipamirkan di kalayak ramai , khenduri pulut kuning, Upacara mendirikan rumah, Membakar kemiyan ketika khenduri dan sebagainya.

Alhamdulillah, banyak daripada adat yang bertentangan dengan ajaran Islam telah kita tinggalkan. Tapi masih lagi ada yang dipraktikkan.

Cerita kesah benar:

Di sebuah kampung di utara terdapat seorang yang perlu membuat khenduri sekali setiap tahun. Kalau beliau tidak membuat khenduri tersebut ia akan mengalami sakit perut yang kuat yang tak dapat ditahannya. Tapi bila khenduri tersebut dibuatnya, sakit perut tersebut akan baik dan beliau akan menjalani hidup saperti biasa.

Ini berlaku beberapa tahun lamanya sehinggalah beberapa saudaranya yang prihatin datang berjumpanya memberi nasihat supaya berhenti membuat khenduri tersebut. Pada mulanya beliau enggan kerana kalau tak buat beliau akan mengalami sakit perut yang kuat.

Tapi akhirnya beliau setuju dan khenduri tersebut tidak dibuatnya. Sampai masanya beliau mengalami sakit perut yang kuat.

Disebabkan oleh semangatnya untuk tidak membuat khenduri tersebut lagi beliau menyatakan saperti berikut:

"Biar aku mampus pun aku tak akan buat khenduri ini!"

Elok pulak tu. Sakit perutnya hilang.

Khenduri sedemikian tidak lagi diadakannya sehingga beliau meninggal dunia. Sakit perutnya pun tidak berulang walaupun khenduri tersebut tidak diadakannya.

Inilah keyakinan diri. Allah yang memberi/membenarkan penyakit dan Allah yang menyembuhnya. Tiada kuasa lain yang dapat mengatasi kuasa Allah.

Rujukan cerita:
PDMYA0812222100


No comments: