Wednesday, December 24, 2008

TASKIRAH UBUDIAH 0812242000

PEKERJAAN YANG BAIK

Perkayakan dirimu dengan rezeki yang halal.

Luqman menyatakan kepada anak-anaknya "Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu."

Di zaman Nabi SAW seorang pemungut cukai telah diberikan hadiah oleh orang ramai. Menurut pemberi hadiah tersebut pemberiannya adalah iklas dan tiada kaitan dengan tugasnya sebagai pemungut cukai. Apabila pemungut cukai tersebut pulang ke Madinah beliau berjumpa Nabi SAW dan menyatakan tentang pemberian hadiah tersebut. Nabi SAW menyuruhnya memulangkan hadiah tersebut kepada pemberinya kerana penberian itu adalah rasuah. Pemberi tersebut tidak akan memberi hadiah tersebut jika pemungut cukai tersebut adalah orang biasa tanpa tugas sebagai memungut cukai.

Rasuah banyak beraku di Malaysia kerana pemberi dan penerima rasuah tak faham apa itu rasuah. Pada mereka terima rasuah adalah sebahagian daripada tugas harian meraka dan tidak menyalahi agama. Saperti contoh di atas apa-apa pemberian yang berkaitan dengan tugas adalah rasuah. Pemberi adalah pemberi rasuah dan penerima adalah penerima rasuah. Pemberian untuk mempercepatkan kerja juga adalah rasuah. Ini berlaku di banyak pejabat (kerajaan dan swasta) termasuk Jabatan yang berkaitan agama. Banyak juga terlibat dengan orang Islam sendiri.

Lukman menyatakan carilah rezeki yang halal. Ini akan mengelak kepapaan dan akan membawa berkat kepada rezeki kita.

Rezeki yang tak halal akan membawa kita kepada:
1. Iman yang tipis dan mudah diganggu gugat
2. Akal yang lemah, dan
3. Maruah yang tercemar

Banyak harta bukanlah berkatnya kehidupan jika harta tersebut adalah diperolihi secara haram.






No comments: