Sunday, March 15, 2009

TASKIRAH UBUDIAH

1. TERKENA

Seorang pengasas Kaidani telah dipekenakan oleh seorang uztaz, kita namakanlah ustaz tersebut, PUMR. PUMR lahir di Malaysia tetapi tinggal belajar di Pakistan sejak kecil lagi. Beliau penah berjumpa pengasas Kadiani ini di Kadian. Perkataan Kadiani berasal dari Kadian dan pengasas ugama ini (diharamkan di Malaysia) bernama Sheikh Gulam Ahmad.

Pegasas Kaidani ini tak sembahyang, cukuplah hanya berniat. Tapi wiridnya OK.

Satu hari PUMR nak pekenakan pengasas Kadiani ini dengan menjamunya udang dan bariani. Apabila pengasas Kadiani nak menyuapkan makanan tersebut PUMR telah menahannya daripada menyuapkan makanan tersebut ke dalam mulutnya. Ini berlaku beberapa kali dan PUMR telah ditanya kenapa beliau berbuat demikian. Jawapannya, lebih kurang bagini:

Kalaulah sembahyang kamu boleh niat sahaja tak payah ada pergerakan angota saperti orang Islam lainnya sembahyang, kenapa makan kamu tak boleh niat untuk makan sahaja dan kamu akan terus kenyang.

Macam mana nak jawabni?????

Maka tak terjawablah pengasas Kadiani tersebut.


Diceritakan oleh PUMR sendiri.











.

No comments: