Friday, March 20, 2009

TASKIRAH BUKIT A 090321


NASIHAT


Orang beriman adalah besaudara. Jika mereka berbalah hendaklah didamaikan.

Seorang Muslim jika bertemu dengan Muslim yang lain perlulah dia memberi salam. Yang mendengar salam tersebut pula wajib menjawabnya. Jika dalam kumpulan memadai jika ada ahli kumpulan itu menjawabnya i.i. tak wajib semua dalam kumpulan itu menjawab salam tersebut.

Adab memberi salam ialah yang berkereta memberi salam pada yang berjalan kaki, yang berjalan pada yang duduk, yang baru sampai ke yang sedia berada di situ dan sebagainya.

Hanya jemputan seorang Muslim yang berfaedah dan tak melanggar ajaran dan kehendak Islam yang perlu kita tunaikan. Jemputan yang contohnya, menggunakan wang haram tak wajib ditunaikan. Juga jemputan yang ada unsur bershubahat.

Jika diminta nasihat hendaklah memberi nasihat secara iklas dan bertujuan baik. Jika tidak berkelayakan memberi nasihat sarankan kepadanya supaya meminta nasihat dari yang lebih arif. Berilah jalan untuknya mendapat nasihat.

Jantung seorang itu akan berhenti sebentar apabila ia bersin. Untuk menunjukkan syukur kepada Allah pujilah Dia selepas kita atau orang lain bersin. Bersin juga membuang penyakit. Nyatakanlah "semoga Allah beri petunjuk kepada kita".

Hendaklah jangan menyusahkan sahabat kita yang sakit. atau keluarganya. Memadailah dengan kita berjumpa dengannya dan mengucapkan perkataan yang baik dan yang memberi peransang padanya. Yang penting kita hendaklah membuat dia merasa selesa, seronok dan bersemagat. Kecualilah jika dia meminta kita bersamanya lebih lama.

Nasihat:
Nasihat hendaklah untuk kebaikan. Dan penasihat hendaklah iklas memberi nasihat. Segala tuntutan peribadi hendklah dihindarkan.

Mesyuarat, perbincangan, sura, brain storm, taskirah dan apa lagi percakapan secara kumpulah adalah nasihat. Yang baik dan berguna adalah nasihat yang positif, manakala yang tak baik dan berniat jahat atau menyelewing adalah nasihat yang negatif.

Yang positif akan berolehkan pahala, InshaAllah. Dan yang negative tentulah mendapat dosa jika tak sempat bertaubat.


Wassalam . . . .


DUNIAKU



Thursday, March 19, 2009

TASKIRAH BUKIT A 090320


TASKIRAH SUBUH BUKIT A


Ibnu Masu'd adalah sahabat Nabi Muhammad saw yang kerdil. Apabila beliau memanjat pokok kurma dan ternampak betinnya yang kecil itu sahabat lain gelak ketawa melihat keniknya betis Ibnu Masu'd. Tetapi Rasullallah telah menyatakan kalau betis tersebut jika di banding -timbang dengan bukit Uhud akan didapati betis Ibnu Masu'd adalah lebih berat.

Ibnu Masu'dlah sahabat Nabi yang telah membunuh Abu Jahal. Kenik tapi sangat berjasa.

Beliau telah meriwayatkan hadis mengenai hasad
yang dibenarkan dalam Islam.

Yaitu, Hasad melihat orang berilmu dan berusaha untuk mengatasinya dalam ilmunya dan berlawan menyebarkan ilmu tersebut.

Dan hasad melihat orang kaya dan berusaha untuk menjadi kaya untuk bertanding dengannya membantu menyebarkan kekayaan tersebut untuk faedah orang ramai (secara otomatik akan menjadi peralatan istana dan tamannya di syurga nanti jika dibuat dengan ikhlas).





Monday, March 16, 2009

ANTI AL QURAN DAN BALASAN BAIK

Janganlah kita menjadi ejen bagi melalaikan manusia lain daripada menatap Al Quran. Sebaiknya kita hendaklah menjadi ajen yang mengalakkan manusia mendekati Al Quran. Untuk ini kita mestilah belajar dan faham isi kandungan Al Quran dan menurut segala yang disarankannya dan menghindarkan larangannya.

Jika tidak bacalah ayat Al Quran seterusnya:

"Maka, demi sesungguhnya! Kami akan merasakan orang-orang yang kafir itu azab seksa yang seberat-beratnya, dan Kami akan membalas mereka dengan seburuk-buruk balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan. [27]"

. . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . . . . . . . . . . . . . . . .. . . . . . . . . . . . . . . . . .


Sentiasalah memberi balasan yang baik berhemah dan yang berpandangan jauh kerana akhir kesudahanlah yang sangat penting. Perkara yang berlaku sebelum kesudahannya adalah mainan hidup sahaja dan akan dilupakan.

Manusia suka kepada yang baik. Jadi berilah yang terbaik supaya manusia akan suka. Kesukaan mereka akan membawa kebaikan kepada kita, InshaAllah. Tapi jangan lupa makluk Allah lainpun suka yang baik. Jadi buat baiklah kepada semua makluk Allah.


Sunday, March 15, 2009

TASKIRAH UBUDIAH

1. TERKENA

Seorang pengasas Kaidani telah dipekenakan oleh seorang uztaz, kita namakanlah ustaz tersebut, PUMR. PUMR lahir di Malaysia tetapi tinggal belajar di Pakistan sejak kecil lagi. Beliau penah berjumpa pengasas Kadiani ini di Kadian. Perkataan Kadiani berasal dari Kadian dan pengasas ugama ini (diharamkan di Malaysia) bernama Sheikh Gulam Ahmad.

Pegasas Kaidani ini tak sembahyang, cukuplah hanya berniat. Tapi wiridnya OK.

Satu hari PUMR nak pekenakan pengasas Kadiani ini dengan menjamunya udang dan bariani. Apabila pengasas Kadiani nak menyuapkan makanan tersebut PUMR telah menahannya daripada menyuapkan makanan tersebut ke dalam mulutnya. Ini berlaku beberapa kali dan PUMR telah ditanya kenapa beliau berbuat demikian. Jawapannya, lebih kurang bagini:

Kalaulah sembahyang kamu boleh niat sahaja tak payah ada pergerakan angota saperti orang Islam lainnya sembahyang, kenapa makan kamu tak boleh niat untuk makan sahaja dan kamu akan terus kenyang.

Macam mana nak jawabni?????

Maka tak terjawablah pengasas Kadiani tersebut.


Diceritakan oleh PUMR sendiri.











.

Thursday, March 12, 2009

TASKIRAH TERATAI 0903122100

Kesalahan biasa yang perlu diperbetulkan:

1. Memberi salam hanya selepas bercakap terutamanya di majlis dimana pehak yang bercakap/berpidato/memberi taklimat bercakap perkara lain sebelum memberi salam. Sepatutnya dia memberi salam dahulu.

2. Sembahyang - rukuk yang tak betul. Sepatutnya tangan diletakkan di atas tempurung lutut. Bukan di bawah lutut atau di atas paha. Tangan pula jangan dibengkukkan, ianya mestilah lurus barulah belakang kita mendatar 90 darjah dengan badan.

3. Sembahyang - Sujud yang tak betul. Semasa sujud tujuh anggota badan yaitu dahi/muka, dua tapak tangan, dua lutut dan dua kaki mesti mencecah tempat sembahyang. Ada orang yang rambut atau telekongnya yang mencecah tempat sembahyang bukan dahi/mukanya. Ini sujud yang tak sah. Ada juga orang yang kedua kakinya tak cecah tempat sembahyang. Untuk kaki mencecahnya jari kaki perlu dilipatkan.

Tarikh Penting:

Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 17 Rabiulawal Tahun Gajah. Masa itu belum ada siri untuk mengira tahun Islam. Siri kiraan tahun Islam hanya dimulakan setelah Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah.

Nabi Muhammad mendapat wahyu pertamanya ketika berumur 40 tahun 6 bulan 8 hari.. Tarikh baginda menerima wahyu itu ialah 17 Ramadhan bersamaan 7 Ogos tahun masihi 610. Mengikut kiraan masihi Nabi Muhammad ketika itu berumur 39 tahun 2 bulan 8 hari. Perbezaan kiraan adalah kerana Tahun Islam mempunyai 353 hari (lebih kurang) manakali tahun masihi mengandungi 365.25 hari.

12 Rabiulawal - Nabi Muhammad dilahirkan
12 Rabiulawal - Nabi pergi ke bandar Madinah
12 Rabiulawal - Nabi diwafatkan


Sunah Nabi:

Terdiri daripada 4 jenis :
1. Sunah Wajib - apa-apa yang nabi suruh kita buat adalah sunah yang wajib.

2. Sunah Sunat - apa-apa yang nabi galakkan kita buat adalah sunah yang sunat. Misalnya, kurban, akikah. Ahli fekah banyak menyatakan perkara yang sunat ini dalam kitab2 mereka. Yang sunat ini kalau dibuat dapat pahala tapi kalau tak buat rugilah kita kerana tak memperolihi pahala mudah. Orang tasauf pula berlumba2 membuat perkara yang sunat ini kerana faedahnya yang tak terhingga.
3. Sunah yang boleh kita buat atau boleh kita tak buat. Nabi makan menggunakan tiga jari. Kita boleh ikut kalau kita makan apa yang dimakan oleh nabi. Tapi kalau kiat makan bariani gam menggunakan tiga jari tak cukup. Kadang2 kita perlu gunakan 10 jari pula.Nabi menjilat jari selepas baginda makan.Kita boleh ikut jika mampu berbuat demikian. Tapi di majlis rasmi mungkin lebih elok kalau kita tak ikut. Tapi janganlah kita menjilat jari tapi membazir dengan makanan tak dimakan habis dan tinggal di pinggan kita.

4. Sunah Haram - Contoh mudah ialah nabi kahwin lebih dari empat (ada yang kata baginda ada 13 isteri) tapi umatnya hanya boleh kahwin maksima empat. Itu pun dengan syarat.

Binaah:

http://kelasdewasa.blogspot.com/2009/02/taskirah-bukit-binaah.html